Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kumpuan Estranged Failkan Saman Terhadap Seorang Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kumpuan Estranged Failkan Saman Terhadap Seorang Wanita

Kumpuan Estranged Failkan Saman Terhadap Seorang Wanita

pen

Penyanyi berkumpulan, Estranged telah memfailkan saman terhadap seorang wanita bernama Eziana Abdul Aziz.

Ini kerana wanita itu dikatalanmelakukan penipuan berhubung tawaran mengadakan persembahan di Konsert Apple London Music Festival di London pada 25 Disember lalu.

Estranged yang diwakili anggotanya iaitu Richard Lawrence Gimbang, 34 (penyanyi), Solihuddin Hormat, 32, (gitar) dan Nor Hanafi Noor Hadi, 34 (gitar) memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi.

Eziana didakwa menawarkan Estranged untuk mengadakan satu persembahan di London dengan artis antarabangsa.

Persembahan adalah untuk Apple London Music Festival yang diselenggarakan Apple London Music serta berkaitan dengan syarikat Apple.

Estranged kemudian mendapat tahu bahawa surat jemputan beserta dengan dokumen-dokumen lain berkaitan adalah palsu.

Dilaporkan Estranged kerugian sebanyak RM100,000 ekoran penipuan itu.

Ini membabitkan persiapan selama 2 bulan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati, dan kemeja-T kumpulan itu.

Kumpulan ini berputih mata apabila ditipu mentah-mentah begini serta alami kerugian sepanjang dua bulan lalu. -PENMERAHDOTCOM

The post Kumpuan Estranged Failkan Saman Terhadap Seorang Wanita appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.