Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi SpeedTest Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Desktop Windows Dan Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi SpeedTest Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Desktop Windows Dan Mac

Bagi kebanyakkan pengguna internet, laman milik Ookla, iaitu SpeedTest merupakan sebuah laman yang tidak asing lagi. Ia sering digunakan dalam memeriksa kelajuan talian internet yang sedang digunakan – dan telah menjadi salah satu piawaian utama yang sering dirujuk ramai.

Selain daripada melalui web, aplikasi SpeedTest sedia ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih seperti iOS dan Android. Kini, pembangunnya turut telah mula menawarkan aplikasi khusus mereka untuk pengguna desktop Windows dan juga Mac.

SpeedTest Desktop

Melaluinya, kini anda tidak lagi perlu membuka laman web SpeedTest secara manual pada pelayar web, tetapi boleh mengaksesnya terus melalui aplikasi khusus. Pengguna juga turut boleh melihat laporan ujian kelajuan sebelum-sebelum ini, tanpa kehilangannya.

Walaupun ditawarkan untuk desktop, namun, antaramukanya adalah lebih kurang sama seperti untuk peranti mudah-alih. Pengguna boleh memilih pelayan yang ingin diuji, dan seterusnya membuat ujian muat-naik dan muat-turun, termasuk ujian ping.

Bagi anda yang sering menggunakan laman berkenaan, boleh memuat-turun aplikasi SpeedTest ini di Windows Store atau Mac App Store hari ini.

Muat-Turun SpeedTest untuk Windows

Muat-Turun SpeedTest untuk macOS






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jjSDVD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.