Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telegram Dijangka Bakal Menambah Sokongan Panggilan Audio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telegram Dijangka Bakal Menambah Sokongan Panggilan Audio

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan alternatif untuk WhatsApp, dan sering hadir dengan sejumlah fungsi baru yang menarik dan inovatif – lebih pantas daripada WhatsApp. Namun, salah satu ciri yang masih tidak terdapat pada Telegram adalah sokongan panggilan suara.

Terkini, menjawab pertanyaan pengguna di Twitter, CEO Telegram memberikan petanda mereka bakal turut menambah fungsi panggilan audio tidak lama lagi. Disamping fungsi panggilan, mereka juga dilihat akan memperkenalkan sokongan tema – salah satu perkara yang telah ditawarkan untuk pengguna Telegram Desktop.

WhatsApp dan Facebook Messenger sedia menambah fungsi panggilan audio pada perkhidmatan mereka, dan begitu juga sejumlah aplikasi yang lain. Penambahan fungsi panggilan audio pada perkhidmatan Telegram semestinya diminati ramai pengguna – apatah lagi ramai yang menggunakan Telegram sebagai aplikasi permesejan utama mereka.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah pihak Telegram akan menambahnya. Mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan pada 2017 ini.

Bagi anda, adakah anda akan menggunakan fungsi panggilan video melalui perkhidmatan permesejan atau lebih selesa menggunakan fungsi telefoni biasa?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iztSUt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.