Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahukah Anda Siapa Pencipta Google? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahukah Anda Siapa Pencipta Google?

Larry Page merupakan seorang usahawan dan saintis komputer Amerika Syarikat dan merupakan pengasas Google.

Larry Page

Larry Page mula menunjukkan minat dengan bidang teknologi, perniagaan dan inovasi seawal usia kanak-kanak.

Larry Page bertemu dengan Sergey Brin yang banyak membantunya untuk mencipta laman Google ketika melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Stanford.

Pada 1998, Larry Page dan Sergey Brin melancarkan syarikat Google untuk menyaingi Yahoo yang diasaskan pada 1994.

Sejak ia dilancarkan kira-kira 19 tahun lalu, Google menjadi enjin pencari paling terkenal dengan purata enam bilion pengguna.

Kehidupan Awal

Larry Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 di East Lansing, Michigan. Bapanya, Carl Page merupakan perintis dalam bidang sains dan kecerdasan buatan manakala ibunya, Gloria adalah profesor sains komputer di Universiti Michigan.

Larry Page mendapat pendidikan awal di Okemos Monterssori School di Okemos pada 1975 hingga 1979 sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di East Lansing High School pada 1991.

Larry Page berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Universiti Michigan dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Sains Komputer dari Universiti Stanford.

Ketika di peringkat pra-siswazah, beliau pernah mencipta pencetak jet dakwat diperbuat daripada bongkah Lego. Larry Page juga merupakan anggota kumpulan kereta solar terkemuka Maize & Blue pada 1993.

Ketika menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD), Larry Page mula meneroka sistem jaringan sejagat dan memahami struktur pautan itu sebagai graf besar.

Terjun ke dunia perniagaan

Pada 1998, Larry Page mengasaskan syarikat Google dengan Sergey Brin dan mereka turut memegang jawatan sebagai pengerusi bersama selama kira-kira tiga tahun.

Bagaimanapun, mereka bersepakat melantik jurutera perisian, Eric Schmidt sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Google pada 2001.

Pada 2004, Google melancarkan laman sosial Orkut dan memperkenalkan carian Google Dekstop.

Tidak lama selepas itu, Larry Page dan Sergey Brin mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Tahun 2005 merupakan zaman kemuncak Google kerana mencipta Google Maps, Blogger Mobile, Google Reader dan iGoogle.

Kira-kira dua tahun selepas itu, Google memeterai perjanjian perkongsian dengan China Mobile dan Salesforce.com.

Perjanjian tersebut bertujuan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar di Kenya dan Rwanda melalui Google Apps.

Pada 2008, Google melancarkan Google Sites, versi baharu Google Earth dan Google Health, namun perkhidmatan itu dihentikan tiga tahun selepas itu kerana gagal mendapat sambutan.

Menderita lumpuh peti suara

Larry Page mendedahkan korda vokalnya mengalami kelumpuhan peti suara selepas saraf bahagian kiri peti suaranya mengalami masalah sama pada 1999.

Menurut Larry, beliau telah menderita masalah itu selama 14 tahun dan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya.

Bagaimanapun, pada Oktober 2013, Business Insider melaporkan, kelumpuhan peti suara dialami Larry adalah disebabkan penyakit autoimun digelar sebagai Tiroiditis Hashimoto.

Sehingga kini, beliau masih berusaha mencari penawar penyakitnya itu.

BACA INI JUGA: Aplikasi Google Trusted Contacts Mengesan Kedudukan Secara LIVE!

Sumber: SH



Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2iy8UFj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.