Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Membuktikan Berjalan Kaki Lebih Baik Berbanding Berlari Untuk Penghidap Kencing Manis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Membuktikan Berjalan Kaki Lebih Baik Berbanding Berlari Untuk Penghidap Kencing Manis

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Duke, Carolina Utara, Amerika Syarikat mendapati aktiviti berjalan kaki lebih bermanfaat untuk pesakit diabetes yang mahu mengurangkan berat badan berbanding berlari.

Joging

Penghidap diabetes disarankan untuk berjalan kaki kerana aktiviti tersebut membantu meningkatkan tahap penyerapan gula dalam darah seorang penghidap diabetes.

Ketua penyelidik, Cris A. Slentz mendapati, ketika berjalan kaki, tubuh seseorang sebenarnya lebih mudah menggunakan asid lemak dalam tubuh sebagai bahan bakar kalori berbanding aktiviti berintensiti tinggi seperti berlari.

“Asid lemak yang terlalu banyak dalam tubuh badan seseorang menyebabkan tubuh lebih sukar untuk memproses hormon insulin, seterusnya tidak dapat menyerap gula dalam darah.

"Hasilnya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin bagi mengimbangkan keadaan itu,” katanya.

Slentz bagaimanapun berkata, aktiviti berlari seperti joging masih mempunyai manfaat yang tersendiri, terutamanya untuk kesihatan dan kekuatan jantung.

Beliau menyarankan supaya orang ramai menggabungkan aktiviti berjalan kaki dan berlari dalam rutin harian bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang terbaik.

BACA INI JUGA: Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: kosmo



Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2jxqRlV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.