Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chrome 56 Akan Menyertakan Sokongan Memainkan Audio FLAC – Dijangka Dilancarkan Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chrome 56 Akan Menyertakan Sokongan Memainkan Audio FLAC – Dijangka Dilancarkan Minggu Hadapan

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web popular, dan ia menyokong sejumlah format fail melaluinya – salah satu sebabnya adalah kerana Google turut mempunyai sistem operasi berasaskan kepadanya, dinamakan sebagai Chrome OS. Terkini, melalui versi pembangunan Chrome, Google dilihat turut menambah sokongan memainkan audio berformat FLAC melaluinya secara terbina.

Ini bermakna, pengguna boleh memainkan audio FLAC terus pada pelayar web Chrome, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan. Bagi yang tidak mengenali akan format audio FLAC, ia menawarkan kualiti audio yang tinggi, dan pada masa yang sama menawarkan saiz fail yang jauh lebih kecil berbanding fail asal.

Sokongan untuknya telah sedia hadir pada Chrome 56 yang kini ditawarkan dalam saluran beta. Bagi anda yang tidak menggunakan saluran pembangunan beta, anda mungkin boleh nantikan sokongan untuknya ditawarkan secara rasmi untuk Chrome melalui kemaskini yang dijangka hadir minggu hadapan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jr4j6w

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.