Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei P8 Lite (2017) Hadir Dengan Menggunakan Android 7.0 Nougat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei P8 Lite (2017) Hadir Dengan Menggunakan Android 7.0 Nougat

Huawei P8 Lite telah hadir awalnya pada tahun 2015 yang lepas, dimana ia menawarkan spesifikasi pertengahan, dengan sedikit elemen daripada rekaan Huawei P8 utama. Kini, sedikit mengejutkan, apabila pihak Huawei hari ini telah hadir dengan Huawei P8 Lite versi 2017.

Huawei P8 Lite (2017) ini hadir dengan cip pemprosesan Kirin 655, dilengkapi memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei P8 Lite (2017) ini menggunakan Android 7.0 Nougat, serta dilengkapi antaramuka EMUI.

Berbanding versi asal, ia kini menawarakan paparan 1080p, cip pemprosesan lebih berkuasa, selain penambah-baikkan pada kamera hadapan.

Dari segi rekaan, ia dilihat sedikit menyerupai peranti daripada keluarga Honor. Ia tidak diketahui mengapakah pihak Huawei hadir dengan penawaran peranti baru ini, apatah lagi dengan desas-desus berkenaan Huawei P10 telah mula kedengaran sejak akhir-akhir ini.

Peranti ini dikatakan mungkin akan dipasarkan di rantau Eropah tidak lama lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2irJCZO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.