Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Anda Seharusnya Memiliki Dashcam ? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Anda Seharusnya Memiliki Dashcam ?

Malaysia merupakan antara negara dengan kadar pemilikan kenderaan yang tinggi di seluruh dunia. Meskipun kereta dijual dengan lebih mahal berbanding harga asal, ia dilihat sebagai keperluan. Kebanyakan keluarga yang berkemampuan semestinya mempunyai satu kereta. Dengan kadar pemilikan yang tinggi ini juga, kadar kemalangan Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

Justeru, disamping tabiat pemanduan yang baik, cermat dan tidak mementingkan diri sendiri, ada juga baiknya kita mementingkan kelengkapan khusus untuk kenderaan. Kenderaan masa kini sudah mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan namun bagaimana dengan pemantauan? Disini pentingnya kelengkapan tambahan dan Dashcam dilihat sebagai satu peralatan yang harus dimiliki oleh semua pemandu.

Dashcam merupakan terma singkatan kepada ‘Dashboard Camera’ iaitu kamera pada kenderaan yang biasanya diletakkan pada Dashboard, bagi tujuan untuk merakam video perjalanan kenderaan tersebut. Video yang dirakam pula biasanya untuk tujuan pemantauan, atau untuk tujuan keselamatan. Malang itu tidak berbau, dan kita tidak akan tahu andai kemalangan tersebut berpunca dari kita, atau dari pihak ketiga.

Disinilah kepentingan utama Dashcam. Secara amnya Dashcam akan bertindak untuk merakam segala perilaku dan kejadian di jalanraya. Ia boleh dijadikan salah satu bahan bukti bagi melihat bagaimana sesuatu kemalangan atau kejadian itu terjadi. Mungkin kereta dihadapan sedang mengelak lubang, atau pemandu di hadapan membawa kenderaan secara lalai dan dalam keadaan memabukkan. Dashcam boleh merakam kejadian tersebut dengan mudah. Malah ia juga boleh digunakan untuk merakam nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, seperti menjadi penyebab kemalangan.

Selain dari keupayaan merakam visual, kebanyakan Dashcam juga mempunyai kebolehan rakaman suara. Ini secara tidak langsung dapat merakamkan perbualan diantara pemandu dan penumpang, dan sekiranya terdapat sebarang kejadian yang berpunca dari penumpang. Kejadian seperti pergaduhan yang menyebabkan kemalangan, atau penumpang yang mengugut pemandu, dapat diketahui menerusi rakaman suara. Bagi pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan seperti Grab atau Uber, ia juga dapat merakam andaikata penumpang mahupun pemandu melakukan perkara tidak senonoh.

Lebih banyak faedah pemilikan Dashcam ini boleh difahami terutamanya kepada anda yang merupakan seorang pemandu. Anda juga boleh menggunakan kamera aksi untuk menjadi Dashcam namun ia lebih mahal berbanding biasa dan perlu diingatkan fungsi kamera sebegitu untuk merakam aksi dengan lebih teliti sedangkan anda memerlukan kamera rakaman lebih kearah pemantauan. Kamera aksi lebih sesuai digunakan oleh penunggang motosikal berikutan kuasa bateri yang tersedia padanya, sedangkan Dashcam kebiasaannya menggunakan palam kuasa 12V yang terdapat pada kenderaan.


Terdapat banyak Dashcam yang tersedia di pasaran dan salah satu jenama adalah Eagle i CVR. Dibawah jenama ini, terdapat pelbagai variasi Dashcam yang tersedia antaranya (nama model) yang merupakan Dashcam dan mempunyai dua kamera untuk turut merakam bahagian belakang kenderaan. Versi terkini mereka yang dilancarkan akhir tahun lalu iaitu Vision 1 merupakan Dashcam Pintar dan boleh dihubungkan dengan internet, sekaligus membolehkan pelbagai perkara dilakukan. Pengguna boleh menjadikan Vision 1 sebagai WiFi Hotspot, dan fungsi WeChat Navigation membantu pemandu berkongsi lokasi kenderaan kepada penumpang, serta berkongsi rakaman video dan gambar dalam masa-nyata.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penawaran Eagle i menerusi halaman rasmi mereka dan juga mengikuti perkembangan terkini menerusi halaman Facebook Eagle i CVR.

Beli: Dashcam dari Eagle i CVR

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Eagle i CVR






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j0qWRb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.