Lelaki ini kongsi 10 tip beli rumah pertama pada umur 25 tahun
“Lagi awal kau mula, lagi bagus.”
Teringat pesan ayah masa Tok baru mula kerja dulu. Tak perlu bertangguh beli rumah.
Sekarang ni, ramai anak muda dah sedar kepentingan membeli rumah seawal yang boleh. Tapi, tak kurang ramai jugak yang masih tak sedar diri.
Mungkin ramai lagi yang tersangkut dengan mindset “dah tua nanti, baru beli rumah.” Takpe, Tok ada perkongsian yang boleh ubah mindset yang takde function tu.
Hadam baik-baik nukilan Tuan Harith Faisal ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Beli rumah bila dan tua nanti?
AMARAN: Sesuai untuk bacaan individu berusia 25 tahun ke bawah sahaja. Dan korang mestilah seorang yang rajin membaca kerana artikel ini agak panjang. Haha.
Dulu-dulu saya ingatkan orang hanya mula beli rumah pada umur 30 tahun.
Iyelah. Pada umur tu, kononnya seseorang tu mesti dah matang, ada kerjaya yang mantap, pendapatan yang stabil dan dikelilingi kawan-kawan yang berjawatan besar.
Tapi lepas masuk sendiri dalam pelaburan hartanah ni, barulah saya tersedar bahawa itu semua hanyalah anggapan saya je.
Ramai sebenarnya yang dah beli rumah sebelum usia menjengah 25 tahun. Termasuklah diri saya sendiri. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Tak mustahil anda boleh beli rumah lepas dah dapat kerja nanti
Katakanlah, umur 17 tahun habis SPM, umur 18 tahun masuk matrikulasi, umur 19 tahun masuk universiti, umur 23 atau 24 tahun dah mula bekerja.
Logik tak kalau saya kata, dia mampu beli rumah pertama pada usia 25 tahun?
Jadi, untuk manfaat bersama, saya ingin kongsikan 10 tip ni:
#1: Mula membenih perkara paling asas dahulu
Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik.
Kesedaran adalah kunci utama. Kalau tak ada kesedaran, umur dah 50 tahun, hampir-hampir nak pencen pun belum tentu ada walau sebiji rumah.
Yang ada, rumah kuarters kerajaan je. Kesian kat anak dan cucu nanti. Nak ke jadi macam tu?
#2: Mantapkan ilmu urus duit (dan jangan menggatal nak beli iPhone!)
Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin sejak di universiti.
Buat part time mengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, sekatilah. PTPTN dan biasiswa jangan dihabiskan beli iPhone.
Slip gaji pun belum ada, dah menggatal nak pakai fon mahal. Haha.
Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk mohon ASB Financing RM100,000. Dengan teknik tertentu, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun.
Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan. Tapi kalau tak mampu RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu. RM50,000 ke, kan.
#3: Guna alat bantuan untuk kumpul duit cepat
Salah satu cara untuk beranakkan duit simpanan dengan cepat adalah dengan ASB Financing.
Setahun pertama bayar ansuran bulanan seperti biasa. Tahun berikutnya rolling menggunakan dividen.
Jadi, tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa.
Korang boleh follow FB sifu-sifu ASB. Atau korang boleh beli perkongsian ilmu dalam eBook yang mereka jual. Pasti ia membantu.
#4: Terus-menerus tambah ilmu kewangan dan hartanah
Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin.
Kalau korang bijak, memang boleh cepat tangkap. Kalau tak, sampai ke sudahlah tak yakin nak beli rumah.
Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita miliki semasa nak beli rumah bila dapat kerja nanti. Selepas dapat ilmu, pasti datangnya keyakinan.
Ilmu tersebut boleh didapati dengan menghadiri seminar, buku, eBook, atau boleh follow FB sifu-sifu berkaitan yang langsung tak pernah lokek ilmu.
#5: Networking cara mudah – Cari dan join support group
Kalau nak tanya apa-apa, senang. Boleh tanya dan terus dapat jawapan.
Macam saya, saya ada group WhatsApp MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH.
Daripada 2 group ni, saya dapat info hartanah dan networking kaw-kaw daripada sifu-sifu dan otai-otai.
Walaupun korang masih belum bersedia untuk beli rumah, tapi bila dah diberi peluang masuk group tu, binalah ukhwah semantap-mantapnya dengan ahli dalam group tu.
Bukannya diam, sunyi, sepi. Bila kena kick keluar, tahu pula mengggelabah. Eh!
#6: Mula cari kerja bila anda dah nak graduate
Masuk saja semester terakhir, terus mulakan job hunting. Nak tunggu apa lagi?
Rancang nak melancong dengan coursemate ke Krabi Island ye? Lupakanlah niat tu.
Orang bijak, sibuk berebut-rebut nak cari kerja cepat, kau pula berebut nak upload gambar selfie dalam Instagram.
Terpulanglah. Orang kata, tak payahlah nak nasihat sangat anak-anak muda sekarang ni, tunggu dia cari kita dan tanya, barulah kita jawab dan bantu.
Macam tua sangat pulak saya ni. Padahal lebih kurang sebaya korang je.
#7: Utamakan kerja tetap berbanding kerja kontrak
Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah nak beri pembiayaan perumahan.
Korang akan masuk kategori pemohon berisiko tinggi.
Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima je. Mungkin rezeki korang memang di situ.
Kerja rajin-rajin kerja supaya cepat ditawarkan posisi tetap. Jangan asyik nak mengular je.
#8: Tangguh dulu nafsu beraya dengan kereta baru tahun ini
Tak payah nak kelabu mata sangatlah bila tengok rakan sekerja pakai Honda City.
Padahal gaji sama macam korang sebagai fresh graduate. Mungkin dia belum mengerti maksud sebenar aset dan liabiliti.
Dik, harga kereta boleh tunggu kita. Honda City baru keluaran 2020 nanti harga lebih kurang je dengan Honda City baru tahun ni punya.
Tapi harga rumah RM200,000 tahun ni, takkan tunggu kamu dik.
Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik hampir RM300,000. Siapa yang rugi?
#9: Ukur kemampuan dulu. Jangan main sebat je
Kalau gaji korang bermula dengan RM2,500, dapat beli rumah pertama harga RM150,000 pun dah cukup bagus.
Dengan harga tu, kalau di Selangor dan pinggiran Kuala Lumpur mungkin boleh dapat flat ataupun apartmen medium cost.
Belilah rumah sebegini di pasaran subsale. Ia pasti permulaan yang bagus untuk korang pergi lebih jauh dalam pelaburan hartanah.
#10: Jangan hubungan dengan Allah S.W.T
Sepanjang usaha kita untuk menggapai kaya dunia, jangan sampai terabai tanggungjawab kita sebagai Muslim.
Sibuk baca ebook kewangan dan hartanah pakai fon, sampai tak sempat nak baca ‘ebook’ Al-Quran.
Solat dhuha dijadikan amalan. Solat dhuha bukan untuk orang bisnes dan pelabur hartanah sahaja, tapi amalan yang bagus untuk setiap Muslim.
Berdoalah supaya Allah beri kita rezeki dan umur yang diberkati. Harta dunia hanya di tangan, tapi bukan di hati.
Dalam hati kita, biar ada Allah.
Alang nak jadi hipster, biar betul-betul jadi hipster!
Kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga korang berjaya memiliki rumah pertama sebelum usia 25 tahun.
Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah.
Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual korang tu.
Beli je rumah banyak-banyak di awal usia, dah tentu tentu korang adalah HIPSTER, RARE, MELETOP, KEBABOOM!!
Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.
Disclaimer: Ini adalah tip secara umum. Kalau rasa sesuai, silalah ikut. Kalau rasa tak sesuai, abaikan je dan jangan maki saya.
—
Setiap permulaan adalah penentu kejayaan. Ini asas kalau korang serius nak berjaya dalam pelaburan hartanah.
SHARE artikel ini kalau korang rasa ia bermanfaat. Mungkin tak sesuai dengan korang, tapi bermanfaat untuk adik-adik korang tu.
Ilmu yang bermanfaat tak akan berkurang jika disebarkan. Malah akan mendapat pahala yang berpanjangan.
Beli rumah, dapat duit? – Teknik beli rumah tanpa guna duit sendiri. Bank yang tolong bayarkan semua untuk anda
Konsep leverage memang dah lama wujud. Cuma, tak ramai yang sedar benda ni ada.
Sebab tu, siapa yang betul nak belajar, dia akan ambil tau ilmu yang betul. Kalau korang nak beli rumah, tapi simpanan tak banyak, isi dalam ebook ini akan bantu korang.
Klik link bawah ni untuk beli sekarang.
>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<
The post Lelaki ini kongsi 10 tip beli rumah pertama pada umur 25 tahun appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2juxxSs
Post a Comment