Vivo V5Plus Dengan Dwi-Kamera Hadapan Diperkenalkan Di Malaysia – Berharga RM1799
Vivo Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V5Plus. Salah satu fokus utama pada peranti ini adalah sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan.
Dengan penggunaannya, pihak Vivo sekali lagi memfokuskan fungsi selfie pada peranti ini. Vivo V5Plus menggunakan kamera 20-megapixel dan 8-megapixel pada bahagian hadapan. Melaluinya, Vivo mengatakan ia menawarkan fungsi bokeh yang lebih cantik berbanding pelbagai peranti lain yang hanya menggunakan satu kamera hadapan sahaja.
Dari segi spesifikasi, V5Plus menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan bersaiz 64GB. Ia dilengkapi skrin 5.5-inci dan Corning Gorilla Glass. Pada bahagian belakang, peranti ini menggunakan 16-megapixel.
Vivo V5 Plus turut menggunakan pengimbas cap jari untuk sekuriti tambahan, dan dilengkapi Android 6.0 Marshmallow. Seperti sejumlah syarikat pengeluar lain, ia turut menggunakan antaramuka tersendiri yang dinamakan Funtouch.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pernati Vivo V5 Plus ini daripada para pengedar tempatan pada harga RM1799.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k7ipJP
Post a Comment