Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penajaan Olimpik Oleh Alibaba Dikatakan Bernilai Sekitar RM3.56 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penajaan Olimpik Oleh Alibaba Dikatakan Bernilai Sekitar RM3.56 Bilion

Alibaba dan badan disebalik sukan Olimpik semalam telah mengumumkan kerjasama yang memperlihatkan Alibaba menjadi salah satu penaja utama untuk acara global popular berkenaan. Bercakap mengenainya, kini beberapa sumber mengatakan nilai penajaan Alibaba untuk sukan Olimpik sehingga 2028 kelak bernilai sekitar $800 juta (~RM3.56 bilion).

Melaluinya, syarikat e-dagang terbesar dari China ini akan mendapat pendedahan pada peringkat antarabangsa, dan meletakkan jenama mereka bersama pelbagai penaja Olimpik lain seperti Coca Cola, Samsung Electronics dan lain-lain. Alibaba akan menawarkan perkhidmatan perkomputeran awan untuk sukan berkenaan, selain menyediakan laman jual-beli khusus untuk cenderamata. Alibaba juga akan membangunkan saluran video khusus untuk penonton di China.

Penajaan ini juga sekaligus meletakkan Alibaba sebagai salah satu syarikat yang dipercayai dimata ramai pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, pihak Alibaba atau badan disebalik sukan Olimpik ini tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan nilai penajaan ini. Ia dikatakan kebiasaannya, penajaan untuk sukan Olimpik akan hadir dalam bentuk sebahagian tunai, dan sebahagian lagi dalam bentuk perkhidmatan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jTM4a4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.