Leica M10 Dilancarkan – Kamera Digital Dengan Rekaan Lebih Kompak
Leica, nama yang gah di dalam dunia fotografi setanding dan sering dikaitkan dengan produk berkualiti. Di dalam dunia peranti pintar, Leica semakin dikenali kerana kerjasama mereka dengan Huawei. Mereka melancarkan sebuah lagi kamera digital hari ini dengan nama Leica M10. Kamera digital ini mempunyai rekaan yang lebih nipis dan kompak berbanding kamera-kamera digital Leica sebelum ini.
Ia dilengkapi sensor CMOS full frame 24-Megapixel dengan cip pemproses imej Maestro II. Tetapan ISO di antara 100 sehingga 50000 disokong dengan tombol kawalan fizikal. Ia mampu mengambil 5 gambar sesaat dan kini menyokong pemindahan gambar secara WiFi menggunakan aplikasi Android atau iOS. Skrin LCD pada panel belakang menggunakan kaca Gorilla dan keseluruhan kamera kini kalis percikan air. Harga jualan Leica M10 tanpa lensa ialah $6595 (~RN 29350) sebuah.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k8P9WT
Post a Comment