Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih Sedozen Kakitangan Mengawal Selia Akaun Facebook Mark Zuckerberg - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih Sedozen Kakitangan Mengawal Selia Akaun Facebook Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg ialah antara manusia yang terkaya di dunia sekarang. Beliau dilaporkan mempunyai nilai harta sekitar $54 Billion dan kesemuanya berkat membina platform bagi golongan narsis, suka mengadu domba, mengejar populariti dan kaki tular di media sosial. Sebagai pengasas laman Facebook, ramai mungkin merasakan beliau kerap menggunakan platform media sosial ini. Menarik sekali ini ini sebenarnya tidak benar. Tugas memuat naik gambar dan menulis status sebenarnya dilakukan lebih sedozen kakitangan Facebook setiap hari.

Zuckerberg menyedari imej peribadi beliau sebagai CEO syarikat terkemuka dunia harus dikawal. Imej beliau selepas tayangan filem The Social Network adalah agak buruk kerana dipaparkan kurang matang, terlalu beremosi ketika menulis dan kurang hajar. Pasukan media sosial yang mengawal selia akaun memastikan kesilapan yang lalu tidak berulang. Setiap gambar yang dimuat naik diambil oleh jurufoto khas bagi memaparkan imej profesional. Setiap status yang dimuat naik turut digilap terlebih dahulu oleh barisan penulis. Setiap cemuhan serta komen negatif juga dipadam pantas sebelum menjadi tular.

Imej peribadi di media sosial kini adalah aset penting dan digunakan untuk menilai diri anda. Satu kesilapan yang dilakukan kan kekal di Internet selama-lamanya. Bakal majikan kini melakukan carian Google untuk menilai peribadi anda. Episode Nosedive dari siri Black Mirror kini semakin hampir menjadi realiti.

Imej bersih yang dikawal rapi ini mungkin adalah langkah awal Zuckerberg untuk memasuki arena politik. Kerana “sejarah internet” tidak boleh dipadamkan, memastikan kesilapan tidak dilakukan lebih awal adalah penting bagi hartawan berumur 32 tahun ini. Kegagalan menapis emosi sebelum memuat naik status boleh menimbulkan kesipuan seperti yang berlaku kepada Donald Trump.

Kepada pembaca yang mempunyai aspirasi politik atau ingin menjadi “internetfamous”. Kami sarankan anda menggaji pasukan kawal selia media sosial anda hari ini. Apa yang ditaip hari ini besar kemungkinan akan menimbulkan kekesalan di masa hadapan. Sebagai insan yang mempunyai sejarah internet yang buruk, janganlah lakukan kesilapan yang sama seperti saya.

Akhir sekali sekiranya Zuckerberg sendiri tidak membazirkan masa yang lama setiap hari di Facebook, mungkin kini tiba masanya akan mengikut jejak langkah beliau. Kehidupan sebenar anda jauh lebih penting berbanding fatamorgana di media sosial.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iYE2hN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.