10 Cara Kesan Suami Anda Berlaku Curang!
Masa bercinta sanggup berjanji untuk setia hingga ke akhir hayat. Tapi bila dah berumah tangga janji entah ke mana.
Wanita juga dikurniakan deria keenam dan mampu ‘menghidu’ jika pasangan mereka curang.
Advertisement
Untuk wanita diluar sana, awas jika suami anda bermain kayu tiga ketahui 10 tanda-tanda ini!
1. Tetiba telefon ada Password
Ini paling ketara, jarang lelaki nak pakai password bagai sebab menyusahkan. Melainkan dia mula sembunyikan sesuatu
2. Cepat marah & melenting
Buat silap sikit, terus marah. Tanya soalan biasa pun dah marah. Tapi selalunya ini tanda besar suami mula berubah dan beralih arah.
3. Suka tipu & bagi alasan merapu
Ada sesetengah lelaki suka bagi alasan pergi kerja atau outstation. Lagi teruk, setiap hujung minggu je hilang.
4. Layanan dah berubah, romantik dah ghaib!
Masa mula kahwin dulu, bukan main romantik. Siap bagi bunga setiap bulan. Sekarang semuaanya nampak sakit dimata suami.
5. Lebih suka melepak dengan kawan di luar
Tak semua lelaki yang keluar melepak tu curang, tapi ada kemungkinan besar. Konon bagi alasan keluar dengan kawan, last-last dengan perempuan.
6. Payah nak dihubungi
Si dia selalu memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat panggilan phone anda. Phone mati lah, tak ada ‘line’. Lain macam dah tu.
7. Tak senang duduk
Suami jadi tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia. Bila nak pergi ke mana-mana, dia asyik bagi alasan ada hal.
8. Asyik melekat dengan telefon
Nak berak pun bawa telefon, itu melampau! Takut sangat bini godek telefon. Ini antara tanda utama suami anda sudah berlaku curang.
9. Tersasul & terlepas cakap
Jarang berlaku tetapi kalau tetiba dengar si dia panggil anda dengar panggilan lain, anda kena hati-hati.
“Baby, abang tak balik hari ni.” Eh tetiba panggil ‘Baby’, macam mana tu? Bila ditanya, jawabnya “sesekali nak bermanja”…
10. Berubah penampilan
Ini mungkin biasa kalau suami pakai minyak wangi, pakai macam orang muda. Tapi AWAS! kalau penampilan suami lebih kurang sama seperti waktu dia nak mengurat anda dulu.
Sumber: Karangkraf
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlJQoO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment