10 Tanda Anda Sebenarnya Peminat Fanatik ‘Running Man’
Anda mungkin peminat setia ‘Running Man’, tapi sejauh manakah anda tahu tentang rancangan tersebut?
Jika anda memiliki 10 tanda-tanda ini, anda sememangnya peminat fanatik ‘Running Man’!
1. Anda tahu segalanya tentang setiap ahli ‘Running Man’
Advertisement
Jika anda tahu segalanya tentang setiap ahli, anda sememangnya peminat fanatik. Anda tahu nama pasangan mereka, makanan kegemaran. Anda tonton setiap video tentang mereka.
2. Anda tahu setiap episod ‘Running Man’
Jangan terkejut. Jika anda peminat setia, anda akan ingat apa yang terjadi dalam setiap episod yang lepas. Setiap permainan dan tetamu jemputan.
3. Anda ‘stalk’ media sosial setiap ahli
Setiap peminat menjadikan media sosial sebagai jalan terbaik untuk berhubung dengan idola mereka. Anda sememangnya peminat fanatik jika anda mengikuti media sosial setiap ahli.
4. Anda mengikuti kelab peminat ‘Running Man’
Disebabkan terlalu taksub, anda akan menjadi pengikut setia kelab peminat RM untuk mengetahui perkembangan terbaru rancangan tersebut.
5. Anda tidak pernah ketinggalan setiap episod
Setiap hari Jumaat, anda sudah bersedia duduk di depan televisyen atau di depan komputer menanti episod baru.
6. Kalau boleh nak BFF dengan mereka yang gilakan Running Man
Ini perkara biasa. Kalau dah gilakan sesuatu kalau boleh nak jumpa geng sekepala. Memang tak habis-habis la bercerita tentang ahli kegemaran masing-masing.
7. Rasa marah bila ada orang bercakap buruk tentang ‘Running Man’
Haters gonna hate. Kalau dekat komen, anda akan jadi orang yang akan pertahankan Running Man dan sanggup bergaduh untuk menewaskan haters.
8. Anda ada pasangan kegemaran
Spartace, Monday Couple, mana satu pilihan anda? Atau anda mungkin ada pasangan kegemaran dalam ahli RM.
9. Anda pergi setiap perjumpaan peminat Running Man
Setiap kali Running Man datang ke Malaysia, anda sanggup berhabis duit untuk menyaksikan mereka. Sanggup ambil cuti, sanggup bersesak dan beratur untuk beli tiket.
10. Running Man buatkan hidup anda jadi lebih baik
Running Man buatkan anda ketawa dan gembira setiap kali ada masalah menimpa. Anda tidak dapat bayangkan jika tiada lagi rancangan tersebut.
Sumber: Onetvasia
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mN7Xch✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment