Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amyza Aznan mengamuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amyza Aznan mengamuk

Banyak sangat cerita yang Cik Pang dengar membabitkan produksi yang satu ini. Entah apa perangai yang merasuk penolong pengarahnya yang suka memaki hamun orang di lokasi.

Sudah beberapa orang mengadu tidak tahan sikap penolong pengarah itu yang ada ketika lebih sudu dari kuah. Sedangkan pengarah tidak pernah pula buka mulut dan berkata apa-apa.

Sehinggalah satu hari ada yang menyampaikan cerita kepada Cik Pang, Amyza Aznan naik hantu dan mengamuk dengan penolong pengarah berkenaan.

Kisahnya, Amyza menegur pihak produksi termasuk pengurus produksi dan penolong pengarah yang tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik sehingga memberi masalah kepadanya.

Ibarat kena buku dengan ruas, penolong pengarah itu mahu buat perangai dan cuba memaki hamun Amyza di lokasi. Sebagai orang lama, tidak seharusnya pelakon wanita itu dibentak-bentak sedemikian rupa.

Bukan itu saja, khabarnya penolong pengarah itu turut mengugut mahu memberitahu stesen TV mengenai sikap Amyza. Dalam erti kata lain, dia cuba menabur pasir ke periuk nasi pelakon itu.

Amyza pun apa lagi terus menyuarakan sikap tidak profesional produksi terbabit terutama penolong pengarah dan pengurus produksi kepada umum.

Mereka yang tidak menyusun jadual dengan baik sehingga jadual penggambaran tunggang-langgang dan mendatangkan masalah kepada pelakon.

Bayangkan skrip juga tidak disusun dengan baik dan tergantung sehingga membuatkan pelakon terpaksa menunggu.

Sedangkan mengikut perjanjian awal, jumlah hari penggambaran sudah ditetapkan dan sebagai pelakon yang bekerja mengikut tempoh waktu dan tawaran, sudah tentu sudah menerima tawaran yang akan datang.

Apabila masalah timbul, sudah tentu pelakon bekerja dengan produksi lain dengan tawarannya sudah diterima menghadapi pelbagai kesulitan.

Cik Pang bersimpati dengan nasib artis yang kadang-kadang diperkotak-katikkan oleh kakitangan produksi yang tidak profesional.

Sudahlah industri kita kecil dan bayaran diterima tidak besar mana. Kalau begitu gayanya, lama-lama pelakon boleh mengalami tekanan perasaan. Sudahlah kadang-kadang bekerja berbelas-belas jam lamanya di lokasi.

Entahlah, sekali fikir bilalah industri kita mahu berubah dan kakitangan produksi menjadi lebih bijak dan fokus apabila bekerja dan tidak menuding jari menyalahkan orang lain apabila mereka sendiri melakukan kesilapan dan kesalahan.

The post Amyza Aznan mengamuk appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNiuUR

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.