Hanya Sisa makanan juadah makan malam Yoon Hee
loading…
loading…
Hanya Sisa makanan juadah makan malam Yoon Hee
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
KAKI lima tilam empuknya, langit, bumbung rumahnya. Kedinginan malam, itulah selimutnya.
10 tahun, selama itulah Yoon Hee menjadi gelandangan di negara sendiri, sejak usianya lapan tahun. Hidup sendirian tanpa ibu, tanpa bapa.
“Setiap hari bagaikan mimpi ngeri buat saya. Paling menakutkan, bila menjelang malam. Di mana saya hendak tidur,” ceritanya.
Sejak usianya lapan tahun, Yoon Hee sudah bekerja, mengemis demi sesuap nasi. Bahkan dia pernah mengutip sisa makanan di jalanan demi mengalas perut kosong.
Yoon Hee tidak pernah merasa nikmat hidup sebagai kanak-kanak. Hidup kemiskinan memaksa ramai ibu bapa di Korea Utara terpaksa meninggalkan anak-anak mereka.
Kebanyakan kanak-kanak turut menjadi pelarian selepas ibu bapa mereka dibunuh. Mereka menjadi mangsa penindasan kemanusiaan. Di usia yang kecil mereka bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan, sehingga ada yang makan rumput dan kulit pokok.
“Ramai yang mati. Suatu hari saya mengetuk pintu rumah jiran. Seluruh ahli keluarga jiran di dalam rumah itu, sudah mati. Saya ambil keputusan untuk lari ke China,” katanya.
Yoon Hee sangat terdesak untuk meninggalkan Korea Utara. Dia cuba menyeberangi sempadan China-Korea Utara. Malangnya, dia tertangkap sebaik tiba di China dan dipenjarakan di negaranya.
Terbunuh kerana renjatan elektrik
SEORANG lagi pelarian kanak-kanak lelaki yang enggan mendedahkan identitinya, antara mangsa yang terselamat.
“Di sempadan Korea Utara terdapat banyak peranti elektrik. Ramai kanak-kanak tidur di sana untuk panaskan badan. Tapi kebanyakan mereka mati akibat terkena renjatan kerana terpegang peranti ketika tidur. Saya berjaya bertahan dan teruskan hidup,” katanya.
Kedua-dua remaja ini kini mungkin sudah menginjak usia 23 tahun. Mereka kini menjalani kehidupan yang lebih baik di Korea Selatan.
“Saya terus hidup dan bertahan di sini. Di sini saya juga dapat peluang belajar. Negara ini adalah ibu bapa saya sekarang. Saya gembira di sini,” katanya.
Manakala, bagi Yoon Hee, kehidupannya tidak bermakna tanpa ibu.
“Saya teringin hendak jumpa ibu. Saya terlalu rindukannya. Saya tahu saya tidak boleh berjumpa ibu, sehingga buat saya tertekan. Tetapi saya gembira, walaupun hanya bertemu ibu di dalam mimpi,” katanya.
The post Hanya Sisa makanan juadah makan malam Yoon Hee appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNH73m✍ Sumber : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment