Kini Anda Boleh Menyimpan Video Instagram Live Pada Telefon Anda
Instagram sebelum ini telah memperkenalkan sokongan Instagram Live – iaitu kebolehan membuat penstriman langsung menggunakan platform berkenaan – dan ia hilang secara automatik apabila anda menamatkan siaran langsung tersebut.
Walaubagaimanapun, kadang-kala ia agak sayang untuk melihat kandungan yang dibuat oleh anda hilang begitu sahaja – dan mungkin adakalanya anda ingin menyimpan beberapa perkara yang dikongsikan untuk rujukan masa hadapan.
Terkini, Instagram dilihat menyertakan sokongan menyimpan video yang distrim secara langsung berkenaan khusus untuk rujukan anda.
Selepas sahaja selesai penstriman Instagram Live, anda akan dipaparkan dengan ikon “Save”, bagi membolehkan anda menyimpan video berkenaan. Fungsi ini ditawarkan untuk Android dan iOS bermula hari ini, dan ia akan disimpan pada galeri gambar anda.
Seperti biasa, ini hanya untuk pemilik kandungan sahaja.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDvuAu✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment