Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skeptikal orang kita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skeptikal orang kita

Walaupun banyak filem Melayu ditayangkan, masih ramai yang skeptikal terhadapnya.

Rata-rata penonton tempatan lebih teruja menonton filem Hollywood walaupun terpaksa berbelanja lebih.

Barangkali ketandusan skrip, idea dan kekangan kewangan membantutkan usaha penerbit menghasilkan filem bermutu sekali gus membuatkan penonton tidak menjadikan filem Melayu sebagai pilihan mereka.

Minggu ini Cuit Sikit menemu bual empat pengunjung pawagam di sebuah pusat beli-belah terkenal mengenai punca mereka kurang berminat menonton filem Melayu.

Shahrul Shahwal Nordin, 24

“Setiap kali menonton filem Melayu, saya berharap skrip, naratif dan idea yang ditampilkan berkuali.

“Sayangnya, ia indah khabar dari rupa. Saya hampa kerana harga tiket yang dibeli tidak setimpal dengan apa yang dipersembahkan. Bagi saya, setiap jalan cerita perlu berbeza dan bukan seperti menonton drama.

“Bagaimanapun, ketika menonton Polis Evo tahun lalu, saya memang teruja dengan kelainan yang ditampilkan apabila mengangkat kisah anggota polis selain babak aksi yang hebat dan berkualiti,” katanya.

Siti Afrina Afandi, 21

“Bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem, tetapi saya perlu jujur bahawa filem tempatan masih ketandusan idea apabila memaparkan jalan cerita hampir serupa.

“Penonton juga seakan-akan boleh mengagak pengakhiran cerita yang dipaparkan berbanding filem Hollywood yang kebanyakannya berjaya membuatkan penonton lekat di kerusi sehingga akhir tayangan.

“Berkesempatan menonton J Revolusi di pawagam baru-baru ini, saya puji filem itu kerana jalan cerita dan cara pembikinannya tidak klise,” katanya.

Amin Ahmad, 35

“Saya lebih terpanggil memilih filem luar berbanding filem Melayu yang mengetengahkan jalan cerita dan sinematografi kurang memuaskan.

“Hanya filem arahan Syamsul Yusof sahaja yang membuatkan saya teruja dan yakin ke panggung kerana skripnya bagus dan persembahan barisan pelakon tidak mengecewakan,” katanya.

Afiq Zuhair Abdul Aziz, 25

“Sejak kecil saya sering dibawa menonton filem Hollywood. Malah, sehingga sekarang pun saya lebih teruja menyaksikan filem luar meskipun filem Melayu mempertaruhkan pelakon hebat.

“Bukan tidak berminat dengan filem Melayu tetapi disebabkan sudah terbiasa menonton filem luar menyebabkan saya lebih selesa begitu.

“Lagipun, pembikinan filem luar jauh lebih maju dan tidak membosankan.

“Namun, ada juga filem tempatan berkualiti seperti Polis Evo yang mengetengahkan gandingan mantap Zizan Razak dan Shaheizy Sam ,” katanya.

The post Skeptikal orang kita appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2neEafC

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.