Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Foto: Dulu Digelar BAYI ULAR ! Namun Lepas 6 Tahun, Lihat PERUBAHAN Padanya ! Siapa Tengok Boleh TERNGANGA Mulut ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Foto: Dulu Digelar BAYI ULAR ! Namun Lepas 6 Tahun, Lihat PERUBAHAN Padanya ! Siapa Tengok Boleh TERNGANGA Mulut !


Mungkin kita pernah mendengar kisah kelahiran bayi ulat di Mekah dan India sebelum ini, kelahiran berkenaan dianggap sebagai satu yang unik terutamanya di India di mana menyatakan kelahiran bayi berkenaan adalah jelamaan dewa.

Namun tahukah anda, di Malaysia juga telah mencatat beberapa kelahiran bayi ini, mereka bukanlah jelmaan daripada mana-mana unsur mistik, tetapi anak-anak syurga ini sebenarnya menghidapi sejenis penyakit genetik ichthyosis jenis Harlequin, satu daripada 22 jenis Ichthyosis yang telah dikenal pasti oleh pakar Dermatologi.

Apa yang menarik mengenai kelahiran bayi ini, dalam banyak-banyak kelahiran, hanya 40 orang kini berjaya hidup di selutuh dunia dan seorang daripada mereka ada di Malaysia.

Jom kita baca coretan saudara Firdaus Mehat  yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia.

Kes yang berlaku di India


Salam kemaafan kepada semua warga netizen andainya anda terkejut dan tersentak dengan post saya kali ini..

Kali ini saya nak bercerita mengenai Ichthyosis Harlequin, ( saya lamellar )..

Dulu pernah heboh mengenai kelahiran bayi ular di Mekah dan terbaru ialah kelahiran bayi tanpa kulit di India, dan heboh seketika dunia seolah olah terlalu pelik perkara tersebut..


Kes yang berlaku di Mekah


Sebenarnya bayi tersebut mengidap ichthyosis jenis Harlequin, satu daripada 22 jenis Ichthyosis yang telah dikenal pasti oleh pakar Dermatologi.,

Jenis ini selalunya mempunyai peluang yang tipis untuk terus hidup selepas dilahirkan disebabkan ia adalah jenis yang paling kronik dalam ichthyosis

Hanya 40 individu didunia ini yang berjaya hidup setakat ini yang dikenalpasti sebagai pengidap Ichthyosis jenis Harlequin ini.

Di Malaysia hanya terdapat seorang sahaja insan yang dikurniakan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa hebatnya untuk mengharungi kehidupan ini sebagai pengidap Ichthyosis Harlequin.

Nurfarisha Dania, berusia 6 tahun, anak kedua kepada pasangan Asaari b. Salep dan Asfaizura bt. Amran, dari Segamat, Johor 



Anak pertama mereka yang juga kakak kepada Dania , hanya sempat merasai dunia selama seminggu akibat penyakit yang sama..

Allah maha mengetahui..saya begitu kagum dengan ketabahan yang dipunyai oleh pasangan itu..dan mengingatkan saya kepada pengorbanan ibubapa saya yang telah membesarkan saya..Alhamdulillah..
Ibunya pernah berkongsi cerita dengan saya...

Pada suatu hari...Dania pernah meminta maaf kepadanya kerana telah menyebabkan seorang kanak kanak menangis bila melihat rupanya yang berlainan dari kanak kanak yang lain...

Hati saya terdetik...Ya Allah..hanya engkau yang maha mengetahui ..



Untuk pengetahuan semua juga, gambar bayi yang baru dilahirkan diatas bukanlah gambar adik Dania, tapi adalah gambar sebenar seorang bayi harlequin ichthyosis dari Sabah.

Tapi telah meninggal setelah seminggu bertarung untuk hidup.

Lokasi dan family bayi tersebut terpaksa dirahsiakan diatas faktor privasi keluarga tersebut, kalau tidak saya pasti nama Sabah dan Malaysia akan disebut didalam media perubatan antarabangsa.

Semoga sedikit perkongsian dari saya kali ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia untuk mengenali kami komuniti ichthyosis di Malaysia dengan lebih dekat lagi sempena dengan ( IAM ) Ichthyosis Awarenes Month 2017.

#namunkupunyahati
#kamiIchthyosisMalaysia
#mohonshare

FIRDAUS MEHAT
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Loading...


loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qXMfYj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.