“Saya bertudung bila dah sedia bukan ikut trend” – Fasha Sandha
Rajin juga rupanya Fasha Sandha melayan pertanyaan peminat di Instagram. Malah baru baru ini, pelakon wanita ini turut menjawab soalan berkaitan dirinya yang tidak mengenakan hijab.
Tidak mudah melatah, Fasha menjelaskan bahawa dia kini tidak bertudung kerana tidak mahu mengikut trend. Tambah Fasha, dia hanya akan bertudung bila benar benar ingin bertudung.
Malah antara perkara yang turut menarik perhatian peminat adalah lelaki yang bergambar dengannya. Malah lelaki ini juga adalah lelaki yang sama dikaitkan dengan Fasha sebelum ini.
Namun jika anda mengharapkan pengakuan Fasha bahawa lelaki yang iras iras pemain bola, Khairul Fahmi (Apex) itu adalah teman lelakinya, anda mungkin hampa. Menurut Fasha, lelaki tersebut adalah ustaz yang mengajarnya mengaji.
Namun, mungkin jika satu hari nanti bila Fasha sudah bersedia berkongsikan tentang hala tujunya dalam percintaan, pastinya dia akan berkongsikan perkara tersebut. Jika ustaz yang mengajarnya mengaji jadi pilihan hatinya pun, apa salahnya bukan?
Sumber: Rotikaya
Sumber “Saya bertudung bila dah sedia bukan ikut trend” – Fasha Sandha
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBUVP5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment