Ibu Muda Lahirkan 9 Bayi Kembar,Malangnya Semua Bayinya Meninggal
loading…
loading…
Ibu Muda Lahirkan 9 Bayi Kembar,Malangnya Semua Bayinya Meningal
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
PULAU PINANG 26 Mac – Seorang ibu muda Zurina Md. Saad, 28, hari ini mencatat sejarah apabila melahirkan 9 bayi kembar di Hospital Bersalin Pulau Pinang di sini pagi ini.
Ibu muda itu dalam keadaan sihat, bagaimanapun kesemua sembilan kembar yang dikandungnya selama 22 minggu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan.
Bayi-bayi itu terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan.
Empat bayi dilahirkan secara normal dan lima lagi melalui pembedahan. Kesemua kembar itu cukup sifat tetapi saiznya terlalu kecil, hanya di antara 310 gram dan 400 gram.
Kelapan-lapan bayi tersebut meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Bayi terakhir meninggal dunia kira-kira pukul 4.35 petang ini.
Bayi pertama seorang lelaki seberat 370 gram dilahirkan pukul 10.32 pagi dan seorang lagi bayi lelaki seberat 400 gram dilahirkan dua minit kemudian.
Sejam selepas itu dua lagi bayi dilahirkan seorang perempuan dan seorang lelaki masing-masing seberat 380 gram.
Lima lagi bayi dilahirkan melalui pembedahan, perempuan seberat 310 gram diikuti dengan lelaki 400 gram, lelaki 340 gram, perempuan 340 gram dan perempuan 310 gram.
Kira-kira tiga bulan lalu semasa disahkan mengandung anak kedua, Zurina dan suaminya seorang kakitangan Bernas, Mohd. Zuki Bedul, 38, menerima berita mereka akan mendapat anak kembar tujuh.
Menurut Mohd. Zuki, ketika itu kandungan isterinya baru dua bulan. Doktor memberi pilihan untuk meneruskan kandungan atau menggugurkan kandungan tersebut kerana ia berisiko tinggi.
Memandangkan telah berkahwin hampir tujuh tahun dan setelah menjalani rawatan kesuburan di sebuah klinik swasta di Pulau Pinang baru dikurniakan seorang anak iaitu Zulkhairi, 3 tahun, mereka bersetuju untuk meneruskan kandungan tersebut.
Isteri Mohd. Zuki yang mula menerima rawatan di klinik swasta kemudian meneruskan pemeriksaan di Hospital Seberang Jaya.
”Setiap minggu isteri saya akan ke Seberang Jaya untuk diperiksa. Dua kali seminggu jururawat kerajaan akan datang memeriksa kandungan isteri saya di rumah,” tambah beliau.
Katanya, doktor telah menasihatkan isterinya dimasukkan ke Hospital Bersalin Pulau Pinang apabila kandungan masuk bulan kelima kerana risikonya semakin tinggi.
”Minggu lalu isteri saya dimasukkan hospital. Pukul 2.30 petang semalam dia mula turun darah lalu dimasukkan ke bilik bersalin,” katanya.
Beliau yang begitu sedih mengenangkan kehilangan sembilan anak sekali gus bagaimanapun reda dengan suratan Ilahi dan bersyukur isterinya selamat.
Menurut beliau, selepas anak sulungnya lahir tanpa sebarang masalah, mereka menyambung rawatan kesuburan hinggalah isterinya disahkan mengandung buat kali kedua.
”Bagaimanapun kami terkejut apabila diberitahu hari ini isteri saya melahirkan sembilan anak, dua lagi melekat dengan kembar tujuh itu,” katanya.
Mayat bayi-bayi tersebut telah pun dibawa pulang ke rumah mertuanya di Lahar Yooi, Sungai Dua, Seberang Perai Utara untuk dikebumikan malam ini.
Sementara itu, kesemua bayi kembar sembilan yang meninggal dunia hari ini dinamakan mengikut lima nama rasul, dua isteri Nabi Muhammad s.a.w. dan dua anak perempuan Rasullullah.
Lima bayi lelaki dinamakan Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh manakala bayi perempuan pula dinamakan Aishah, Khadijah, Fatimah dan Umi Kalsom.
Zakaria Ahmad, 59, datuk kepada sembilan bayi kembar itu berkata, walaupun kesemua bayi itu meninggal dunia, namun mereka tetap diberikan nama sebagai tanda ingatan dan rasa syukur terhadap kebesaran Allah.
”Saya sedih kerana ketika dilahirkan kesemua bayi itu sempat menangis dan saya dipanggil masuk untuk mengazankan mereka,” katanya tenang ketika ditemui di rumahnya di Mukim 11, Lahar Yooi di Seberang Perai hari ini.
Menurut Zakaria, dia benar-benar terkejut apabila diberitahu bahawa anaknya Zurina melahirkan kembar sembilan kerana ketika diperiksa sebelum ini doktor hanya memberitahu anaknya berkemungkinan mengandung kembar lima sahaja.
Ditanya sama ada keluarganya mempunyai baka atau genetik kembar sebelum ini, Zakaria memberitahu, adiknya Yusuf Ahmad, 54, mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang kini sudah berada di tingkatan satu.
The post Ibu Muda Lahirkan 9 Bayi Kembar,Malangnya Semua Bayinya Meninggal appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBn74S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment