Penyanyi Rap Didakwa Ajak Chef Peribadi Buat Seks
Bekas tukang masak peribadi Diddy iaitu Cindy Rueda memfailkan saman terhadap penyanyi rap terkenal itu atas dakwaan gangguan seksual.
Cindy memberitahu dia sering diminta untuk menyediakan makanan untuk Diddy dan rakan-rakannya ketika atau selepas mereka melakukan hubungan seks.
Cef itu turut mendakwa dia pernah menghidangkan makanan ketika penyanyi rap itu dalam keadaan bogel dan Diddy bertanya adakah dia sukakan tubuh badannya.
Malah katanya, kawan penyanyi itu pernah masuk ke dapur dalam keadaan bogel dan memintanya melihat kemaluannya.
Katanya lagi, dia pernah mengadu tentang perbuatan Diddy dan rakan-rakannya kepada pihak pengurusan penyanyi itu namun dia mendakwa diugut.
Dalam affidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, wanita itu memberitahu dia turut diperangkap kerana mencuri sebelum dipecat kerana mengadu tentang gangguan seksual yang berlaku.
Selain gangguan seksual dan fitnah, Cindy turut memfailkan saman terhadap Diddy kerana gagal membayar wang dia bekerja lebih masa dan tekanan melampau.
Kata chef itu, dia mula bekerja dengan Diddy sejak 2015 dan kebiasaannya akan memulakan tugasnya pada pukul 9 pagi dan ia berlarutan sehingga tengah malam dan tidak dibayar.
Diddy dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan Cindy itu sebagai fitnah kerana tidak berpuas hati dipecat.
The post Penyanyi Rap Didakwa Ajak Chef Peribadi Buat Seks appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6LjzF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment