Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK Diarah Periksa ‘Fidget Spinner’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK Diarah Periksa ‘Fidget Spinner’

KUALA LUMPUR: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet ‘fidget spinner’ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya. 
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. 
“Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara. “Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin. 
“Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK yang akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk,” katanya pada sidang media Program Kesedaran Akta Syarikat 2016 di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan terhadap barangan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan pemainnya, khususnya pelajar sekolah. BH hari ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah. 
Gajet yang pada asalnya dicipta untuk penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya. 
Antara kesannya seperti yang berlaku di United Kingdom membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hampir buta angkara terkena bilah ‘fidget spinner’ selepas terbabas dari tangan rakannya ketika sedang asyik melakukan beberapa aksi.
Sumber: Berita Harian Online

Sumber : sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvVUW9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.