Sampai Mati Tetap Dengan Nidji
Vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha, mengesahkan beliau akan berehat daripada dunia muzik mulai selepas hari raya Aidilfitri nanti bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada pengajiannya yang berbaki setahun setengah lagi sebelum dia layak menggengam ijazah sarjanah muda.
Giring atau nama sebenarnya Giring Ganesha Djumaryo, 33, berkata tidak bermakna dia akan meninggalkan terus kumpulannya sebaliknya dia akan tetap berada di ‘belakang’ Nidji dan masih meneruskan perjuangan muziknya dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Sudah 15 tahun kami bersama. Tetapi selepas apa yang sudah kami lalui bersama sepanjang tempoh ini, secara peribadi saya mahu melakukan sesuatu untuk diri saya sendiri. Begitu juga dengan teman lain, masing-masing ada impian kami sendiri. Saya akan berehat sehingga selesai pengajian.
“Kami Nidji tetap saling menyokong satu sama lain. Saat saya beritahu kepada mereka, saya mahu sambung pengajian, fokus pada syarikat saya Kincir.com dan mahu ceburi politik, mereka menyokong keputusan saya. Begitu juga dengan saya, akan terus menyokong teman lain. Kami akan terus main muzik dan berkarya sampai mati lah…,” katanya yang menuntut dalam jurusan politik di, Universiti Paramadina, Jakarta, Indonesia
Bapa tiga cahaya mata ini berkata demikian sekaligus menolak desas-desus mengatakan dia akan keluar daripada Nidji.
Sementara itu, kumpulan Nidji berkunjung ke Kuala Lumpur sempena mempromosikan album terbaharu mereka, Love, Fake & Friendship. Pada 11 Mei ini mereka akan mengadakan showcase istimewa sebagai mengubat kerinduan peminat Nidji di Malaysia, bertemapt di Kilang Bateri, Johir Bahru, jam 9 malam.
Dalam pada itu Giring berkata, setelah 15 tahun Nidji bertapak dalam persada muzik, banyak pengalaman pahit manis yang sudah mereka lalui. Selain sudah menghasil deretan karya terbaik untuk bukan saja kepuasan mereka sebagai pemuzik malah memberikan hasil muzik yang berkualiti untuk para peminat.
Tiada hadiah yang lebih bermakna untuk diberikan kepada peminat sebagai penghargaan, kata Giring, Nidji selalu menyimpan hasrat mahu kembali dengan konsert mega di sini.
“15 tahun Nidji, kami bersyukur bisa terus bermain muzik lagi. Kalau 11 tahun dulu, pertama kali Nidji datang ke Malaysia berenam. Hari ini kami bisa lagi datang dan masih berenam. Masih bisa buat persembahan di hadapan anda semua juga peminat. Itu juga sudah kami anggap sebagai satu kejayaan besar buat Nidji.
“Saya masih ingat lagi, dulu ketika pertama kali datang ke sini, ada pihak media mempersoalkan tentang imej dan gaya rambut saya, katanya rambut saya jelek (gelak).
“Saya terkejut dan ketika itu saya agak marah tapi saya tahu kerana hal itu juga Nidji bisa berkarya dan kini semakin diterima peminat. Kami sangat menghargai sokong Nidjiholic Malaysia kepada kami selama ini namun suasana kini berbeza, kita semakin saling mesra dan selesa.
“Sepekara yang sering jadi impian Nidji ialah mahu mengadakan konsert besar di sini. Saya dengar Datuk Rosa, khabarnya beberapa kali dalam setahun buat konsert di sini, ya? Kris Dayanti juga sering konsert di sini. Afgan juga sering buat konsert di sini, hampir setiap bulan, iya? (gelak). Jadi Nidji berharap ada pihak yang sudi menaja konsert kami di sini,” tutur Giring.
“Ya, kami tahu Afgan comel… tapi kami juga comel,” celah gitaris Rama, saat menyedari Giring membuka cerita tentang hasrat mereka mahu mengadakan konsert besar di tanah air.
Tidak hanya popular menerusi deretan lagu hit mereka malah Nidji cukup sinonim dengan gelaran sebagai ‘Raja Soundtrack’. Namun jolokan itu diakui bukan mudah bagi Nidji. Tidak berahsia, sebaliknya Giring mendedahkan mereka berdepan tekanan untuk menghasil sebuah lagu runut bunyi yang bagus malah pernah menolak beberapa tawaran daripada produksi yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
“Untuk menghasilkan sebuah lagu runut bunyi yang bagus, bukan mudah. Tapi apa yang utama, kami akan meneliti dulu jalan cerita filem itu. Kami juga ambil kira, siapa pengarahnya, siapa pemain-pemain dalam filem itu juga produksinya. Kami pernah juga menolak beberapa tawaran atas sebab kekangan waktu,” katanya.
Sementara itu, kata Giring dia berharap album Love, Fake & Friendship mereka mendapat sambutan sekaligus memberi kepuasan kepada peminat.
“Selepas lima tahun, Nidji akhirnya bisa tampil dengan album baru. Saya berharap album kali ini akan terus dapat sambutan daripada peminat di Malaysia dan lagu-lagu di album ini akan juga jadi lagu soundtrack dalam hidup sehari-hari mereka,” katanya.
The post Sampai Mati Tetap Dengan Nidji appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qXMLFs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment