Hi! Welcome Back and Stay Tune! Celaka, mereka datang buat dajal! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Celaka, mereka datang buat dajal!

Lepas tembakan amaran
FOTO ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke udara apabila sekumpulan lelaki cuba merusuh bagi menghalang anggota dari menangkap tiga individu warga asing di Desa Aman Puri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul mahu membuat tangkapan terhadap tiga suspek disyaki terbabit dengan kes penipuan, jam 6 petang.

Katanya, ketika tangkapan dilakukan terhadap dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Kenya dilokasi terbabit.

"Bagaimanapun, sekumpulan lelaki dipercayai warga Nigeria cuba menghalang anggota melakukan tangkapan dengan menakut-nakutkan dan membaling botol serta kotak.

"Selepas melihat keadaan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi mengawal keadaan serta keselamatan anggota bersama suspek ditahan.

"Tiga suspek terbabit berjaya di bawa ke IPD Sentul dengan selamat dan susulan kejadian pihak polis turut menahan lapan lelaki warga Nigeria berusia 25 hingga 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang kakitangan awam daripada nenjalankan tugasnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

kejadian turut menjadi tular di media sosial apabila video insiden rusuhan terbabit dimuat naik di Facebook.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 1:54 PM
gambar google


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qaQShx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.