Hi! Welcome Back and Stay Tune! KISAH SERAM DI SOROK KELINDAHAU, JIN LIAR TIDAK BERTUAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KISAH SERAM DI SOROK KELINDAHAU, JIN LIAR TIDAK BERTUAN

KISAH SERAM DI SOROK KELINDAHAU, JIN LIAR TIDAK BERTUAN. Salam seram satu Malaysia.. Bertemu lagi kita dalam segmen seram serik lekatlekit. Malam ni nak share kisah hantu kelindahau.. Confirm ramai yang pernah dengar nama hantu ni kan. Sebab aku pun rasa macam baru pertama kali je dengar. Mungkin kat daerah aku atau daerah hangpa nickname dia lain kot.. Tapi tak sure la aku spesis hantu suka sorokkan orang ni di panggil apa kat kampung aku. Takpe la yang tu tak penting yang penting kita terus ke cerita pasal kelidahau ni..


Alkisah aku terbaca kat satu forum ni. Giler.. banyak betul kisah seram depa share tapi hanya yang terpilih je akan masuk ke blog lekatlekit. Kisah seram ni kira kisah lagenda turun temurun.. dari nenek kepada mak seterusnya di sampaikan kepada anak. Kira yang menyampaikan cerita ni generasi ke 3 la kot. Nenek dia katanya berketurunan Bugis suku Bone. Keturunan yang guna nama Daeng katanya. Nenek dia katanya seorang ibu tunggal yang suka merantau sampai la ke Tanah Melayu ni ha..

Nenek dia ni anak tunggal dalam keluarga jadi bila dah satu satunya zuriat mak ayah ni dia punya layanan memang umpama menatang minyak yang penuh. Nenek dia asal orang Indonesia & benda ni berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia jugak la..

Nak di jadikan sebuah kisah seram untuk masa depan katanya.. Pada suatu hari, waktu tu tengahari buta. Ibu kepada nenek sipolan ni.. Kalau ikutkan moyang la kan pada budak tu. Suruh la anak dia pergi kekedai.. pergi kekedai india (mamak) membeli bawang,garam & bawang putih. Biasa la stok nak memasak la tu.. Takkan stok nak buat skincare pulak kan. Ayah kepada si nenek (moyang lelaki) tu orang berdagang jadi selalu belayar & balik sekali sekala je jenguk anak bini kat kampung. Jadi.. memang jarang jarang la si nenek ni jumpa bapak dia. Jadi kalau sesekali tu rindu bertandang lagi kekasih.. pada musim musim bersamamu.. Op's sorry ternyanyi lagu hattan. tetiba teringat mentor milenia tengah2 dok taip entri seram ni. Maafkan kami yer penunggu gua. hehehehe

Ok.. sambung balik. Tak tau la kenapa hari tu tetiba si nenek yang waktu tu masih belum jadi nenek ni rindu sangat kat bapak dia. Tapi dalam rindu2 tu sampai jugak dia di kedai & beli barang2 yang mak dia pesan. Dalam perjalanan balik tu tetiba dia dengar suara macam ayah dia panggil sedangkan kiri kanan dia cuma hutan. Lepas beberapa langkah dia berjalan tiba tiba muncul ayah dia. Sepatutnya ayah dia balik keesokkan harinya.. ni tup tup elok je tercegat depan biji mata dah apa kes?? Ayah dia cuma senyum & pegang tangan dia & bawa di ke satu tempat.. Kita pun kalau dah nampak Ayah kita, takde la nak syak wasangka sangat kan..

Selepas tu si nenek tu kata dia cuma ingat bila dia di ikat oleh sesuatu yang dalam rupa bentuk ayah dia kat sebatang pokok pisang. Mulut & anggota badan dia jadi kaku. Mulut dia pulak di sumbat ubi kayu.. Tak tau ubi kayu dah rebus ke belum kan.. Kalau dah rebus boleh kunyah2 telan jer takde hal.. Tapi ni confirm ubi kayu belum masak. Keras macam kayu jugak la kalau nak kunyah.. boleh roboh pagar gigi nyah!!

Sampai petang bila si nenek ni tak balik.. Mak dia mula risau. Anak perempuan suruh pergi kedai dari tengah hari membawa ke petang tak balik balik. Mustahil la lepak Mall sebab masa tu mana ada mall dekat kampung ye dak?? Mak dia mula cari ke hulu hilir maka kecoh satu kampung bila si nenek ni hilang. kebetulan ketua kampung tu sedara depa, so usaha mencari & menyelamat tu berjalan sehingga ke malam. Destinasi terakhir depa pergi kat kedai mamak tadi.. sebab semua orang kampung tahu mamak tu ada membela.. Jangan loyar buruk takkan bela kucing ayam itik tu tak horror ok! melainkan dia bela angsa memang agak horror.. hahaha tapi bukan mamak tu bela angsa.. dia bela saka. Sebab mamak tu katanya selalu perasap kemenyan sambil dok buat ritual pemujaan sekeliling rumah dia. Orang dulu2.. benda macam tu bagi depa perkara biasa nak2 orang merantau macam mamak tu.

Depa pun serbu rumah mamak tu sambil tuduh mamak tu sorokkan si nenek ni. Sampai sudah mamak ni tak mengaku walau kena ikat & pukul dengan orang kampung. Orang kampung tetap tak puas hati sebab last depa nampak si nenek tu kat kedai mamak tu so depa syak jin belaan mamak ni yang punya angkara sorokkan si nenek ni. Last last mamak ni janji nak tolong cari si nenek guna jin belaan dia tapi bukan dia & jin dia yang buat. lepas dia minta orang kampung buka ikatan maka dia mula membuat ritual pemujaan baca mentera dalam bahasa tamil sambil di saksikan oleh orang kampung seolah olah sedang menonton filem seram. Akhirnya mamak tu bagitau kat mana si nenek tu di sorokkan & macam mana si nenek boleh kena sorok. Sama macam si nenek cerita, jin tu menyerupai ayah dia. Yang sorokkan nenek ni jenis jin tak bertuan.Ikut suka dia nak kacau sapapun.. kira jin inde la jugak ni.

So orang kampung pergi cari si nenek sambil angkut sekali mamak tu. Manatau dia tipu kan.. lepas tu lari balik india. Jadi kena bawa sekali supaya dia tak lari sampai si nenek di temui. Menurut cerita nenek tu.. dia nampak orang kampung mundar mandir kat kawasan dia di ikat tapi tak ada seorang nampak dia & dia tak boleh menjerit sebab mulut dia kena sumbat ubi kayu tapi akhirnya orang kampung jumpa jugak si nenek tu. Dia di temui dalam keadaan badan berminyak. Dari info orang2 pandai dalam perkara mistik waktu tu benda tu di gelar Kelindahau & memang dia suka menyerupai orang2 yang kita kenal. Kalau orang yang di sorok kelindahau tak di temui dalam masa 3 hari berturut turut, orang tersebut akan mati. Maybe dehydrate la sebab tak makan & minum kan.. Tapi zaman jahiliah macam tu mesti percaya kematian tu berpunca dari kelindahau tu.

Begitulah kisah yang di sampaikan turun temurun yang di ceritakan semula kepada si cucu oleh si maknya.. Maybe cerita tu akan di ceritkan pulak kepada anak si cucu iatu cicit kepada si nenek nanti.. Zaman dulu kalau hilang kelindahau sorokkan tapi zaman sekarang tak berapa nak boleh tuduh kelindahau sangat kalau anak dara hilang.. Sebab banyak kes bukan sebab kelindahau tapi di bawa lari labahau je. Kes kecik2 dah nak bercinta.. lepas tu lari ikut boipren. Menyusahkan orang nak viral cari dia. kan? hehehehe

Moral of the story.. Apapun kisah ni sekadar hiburan. Betul tak betul Wallahualam.. anggaplah sekadar hiburan seram di kala bosan. Peace Yo!


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pMx030

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.