Hajat nak beli iPhone 6 dengan harga RM300, rupa-rupanya dapat casing saja…alahai tertipu!
“Sebelum dia beri iPhone itu, dia kata nak ambil kad sim miliknya dalam iPhone itu. Saya pun tak nampak bila masa dia tukar iPhone itu dan beri kami iPhone mainan. Bila dah sampai ke kereta, baru kami perasan yang kami telah ditipu,” katanya.
Berdasarkan video yang dimuat naik, suspek dilihat berpaling ke belakang selepas mengeluarkan kad simnya dan pada kesempatan itu digunakan untuk menukar iPhone 6 tersebut kepada casing iPhone 6 sebelum diserahkan kepada mangsa.
Sebaik saja mangsa menyerahkan wang, suspek dengan segera menyuruh mangsa menyimpan ‘iPhone 6’ tersebut kerana bimbang dilihat oleh orang lain. Mangsa hanya akur dan terus menyimpan ‘iPhone 6’ tersebut dalam poket seluar tanpa memeriksanya.
Justeru, Scha Kyla menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terjumpa dengan lelaki berkenaan dan menurutnya, sudah ramai yang menjadi mangsa penipuan golongan ini yang dipercayai melakukan kegiatan ini lebih dari seorang.
Sumber Hajat nak beli iPhone 6 dengan harga RM300, rupa-rupanya dapat casing saja…alahai tertipu!
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qD4kKO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment