Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO lantik peguam bela nasib nahas basikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO lantik peguam bela nasib nahas basikal

Umno Johor telah melantik sebuah firma guaman untuk membantu 16 keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas basikal pada Februari lepas untuk mengambil tindakan undang-undang.

Umno Johor memperuntukkan RM350,000 melantik Tetuan Meneka Kanasmoorthy membantu 16 keluarga mangsa terlibat nahas basikal untuk mengambil tindakan undang-undang.— Foto oleh Choo Choy May

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelantikan Tetuan Meneka Kanasmoorthy itu melibatkan peruntukan sebanyak RM350,000.

“Ia bagi membiayai kos guaman serta kos perubatan melibatkan lapan remaja berbasikal yang cedera dalam nahas berkenaan,” katanya selepas menyampaikan replika cek peruntukan itu kepada wakil firma berkenaan, Mohd Nor Zabidin sempena mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata ini adalah sebahagian daripada usaha bagi membantu keluarga mangsa.

Sementara itu, Mohd Nor berkata proses perundangan itu akan dimulakan selewat-lewatnya pada minggu depan, membabitkan tiga kaunsel.

Dalam kejadian pukul 3 pagi, lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita ketika semua mangsa sedang menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam di sini 18 Feb lepas.

Mangsa yang terbunuh merupakan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun.—Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber UMNO lantik peguam bela nasib nahas basikal

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRckoF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.