Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lucu! Suami Kantoi Luah Perasaan Di Facebook, Ketahuan Kerana Sebut 'Rangka Ayam' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lucu! Suami Kantoi Luah Perasaan Di Facebook, Ketahuan Kerana Sebut 'Rangka Ayam'


Kerana terlanjur berlaku curang dengan isterinya, seorang suami kini berasa menyesal dan mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. 

Pun begitu, si isteri pula nampaknya tidak dapat melupakan perbuatan si suami sehingga menyebabkan suami berasa kehilangan. Ya, meskipun isteri masih di depan mata namun semuanya telah berubah.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bergelar suami menerusi laman Kisah Rumah Tangga. Katanya, dia seperti kebingungan dan tidak tahu untuk membuat apa lagi bagi memikat semula isterinya yang 'merajuk besar'. 

"Aku rindu hubungan kami yang dulu. Kepada suami yang kat luar tu, korang fikir-fikirlah kalau nak berskandal atau nak try-try luar," katanya. 

"Tolonglah bagi cara camne aku nak pikat dia semula. Aku bagi hadiah, bungkus rangka ayam pasar malam pun tak jadi apa. Kalau dulu aku belikan siap kiss lagi tanda terima kasih," luahnya lagi.




Dek kerana pengakuan pernah berlaku curang, lelaki tersebut menerima kutukan dan juga sindiran berbakul-bakul. "Sebab itu jangan sesekali curang. Kepercayaan itu susah dah nak dapat, hargailah isteri itu sebaiknya.."

Memang kisahnya amat menyedihkan. Kesalahan lalu tiada siapa yang dapat melupakannya terutama si isteri. Namun, kisah ini tidak berakhir di situ.

Siapa sangka luahan tersebut telah sampai ke telinga si isteri. Memang tak dapat dipastikan sama ada orang tepat mendapat tahu hal ini atau tidak, yang pastinya kedua pasangan ini menggunakan kata kunci yang sama iaitu 'rangka ayam'. Comel, kan?

Tanpa membuang masa, si isteri turut meluahkan perasaannya juga kepada kepada laman Kisah Rumah Tangga. Katanya, dia sudah pun memaafkan suaminya. 

"Hati saya sakit bila dapat tahu awak ada perempuan lain. Tapi saya syukur sebab awak tak terlajak jauh."

"Memang nampak awak makin bertanggungjawab sekarang ini. Terima kasih sebab berusaha jadi suami dan ayah yang terbaik buat saya dan anak."

"Saya harap bila saya balik nanti awak belikan saya rangka ayam.."



Wow, happy ending! Siapa sangka melalui laman sosial ini, hubungan yang retak dapat dipulihkan kembali. Dan terima kasih kerana menyatakan kata kunci iaitu 'rangka ayam' yang sangat unik itu! (Ramai pula jadi mengidam rangka ayam goreng!).

Di samping itu, netizen menyatakan rasa terharu dan juga tersentuh dengan kisah suami isteri ini. Akhirnya, sesuatu pengakhiran yang manis boleh dijadikan inspirasi! 

Sumber: CARI


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qnYkVx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.