Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Berfikiran Toksik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Berfikiran Toksik





Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyelar pembangkang yang sentiasa menganggap tidak betul apa jua usaha kerajaan negeri.

“Pada pembangkang, yang betul, yang bermanfaat hanyalah apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang atau Selangor atau mungkin juga Kelantan.

“Pemikiran sebegini saya sifatkan bukan sahaja sebagai skeptikal, pesimis dan prejudis tetapi contoh pemikiran toksik,” katanya pada penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini.

Mohamed Khaled mengulas perbuatan pembangkang melabel tindakan kerajaan negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sekadar gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum.

Katanya, kerajaan negeri tidak mudah terkesan dengan tindak laku pembangkang itu.

Beliau berkata IBR mungkin langkah kecil pada pembangkang, namun ia membantu melengkapi pelbagai langkah lain dalam usaha kerajaan negeri membasmi rasuah.

“Sama ada IBR satu dasar atau gimik politik, ia terserah sepenuhnya kepada mereka yang melihatnya.

“Kalau yang melihatnya itu berfikiran terbuka dan positif, maka, ia pastinya suatu dasar kerajaan yang progresif dan wajar dialu-alukan. Tetapi kalau yang melihatnya itu berfikiran negatif, ia tidak ubah satu gimik politik,” katanya.

Mohamed Khaled berkata komitmen kerajaan negeri untuk menjadi kerajaan beramanah adalah tidak bermusim dan tidak retorik sekali gus bukan disebabkan insiden pecah amanah melibatkan penjawat awam negeri ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata persidangan DUN Johor kali ini jelas membuktikan wakil rakyat pembangkang menunjukkan sikap tidak matang dan enggan melihat Johor ditadbir dengan berjaya oleh kerajaan.

Beliau berkata pihaknya masih tidak dapat melihat dan mendengar hala tuju dan pendirian pembangkang dalam pelbagai isu serta dasar penting.

“Misalnya, apa pelan dan rancangan mereka (pembangkang) untuk membantu pemantapan pendidikan serta sekolah agama, pemerkasaan bahasa Melayu, galakan untuk orang Melayu tinggal di bandar dan pembinaan projek mega di Johor.

“Saya tidak lihat seorang pun wakil pembangkang yang tampil dengan pelan alternatif yang konkrit, bagaimana untuk mereka menerus dan menguruskan projek hartanah mega di Johor seperti Forest City yang mereka kecam selama ini?,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, beliau juga ingin tahu mengenai pelan dan strategi pembangkang untuk memelihara dan meningkatkan jumlah rizab Melayu di Johor.

“Semua ini tidak pernah mereka hujahkan, yang pernah kita dengar dalam sidang sebelum ini pembangkang memang ada menyimpan hasrat untuk menutup sahaja Pengerang dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang sedang rancak dibangunkan,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pSul4H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.