HARAM Sekiranya Ambil Duit Hasil Dari Jualan Kek Bertemakan Karakter Seperti Upin & Ipin, Boboiboy atau Angry Bird
Namun, mungkin kita tidak pernah terfikir tentang mencuri hak cipta ketika peniaga berkenaan membuat kek menggunakan watak-watak yang diminta oleh pelanggan itu.
Seorang lelaki yang juga seorang penulis komik, Irfan Foner telah berkongsi tentang hal berkenaan dan menjelaskan tentang itu dengan lebih terperinci melalui laman sosial Facebook.
Melalui perkongsian Irfan itu, beliau menjelaskan satu isu yang berkaitan kepada para peserta yang menghadiri kelas Branding yang dianjurkan olehnya. Rata-rata peserta yang dimaklumkan tentang ini amat terkejut apabila diberitahu mencuri hak cipta itu adalah haram sedangkan perkara berkenaan dianggap remeh selama ini, katanya."Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu."
Itulah jawapan yang diberikan kepada pesertanya apabila diajukan soalan yang membabitkan trademark pada logo. Setelah itu beliau mengaitkan tentang soalan yang ditanya dengan situasi berkenaan.
"Tetap tidak boleh."
Seorang lagi peserta bertanyakan adakah ianya tetap dikira haram walaupun pelanggan yang membuat permintaan itu.
"Tuan Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak-watak kartun seperti Upin & Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata-mata untuk tarik perhatian anak-anak tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak-watak itu."
Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya melakukan perbuatan sedemikian ianya sama seperti merompak atau mencuri harta atau hak milik orang lain dan duit yang didapati dari pelanggan itu adalah haram untuk diambil.
Seorang lagi peserta yang masih lagi inginkan penjelasan lebih terperinci turut bertanya;
"Katakan saya menjual kek. Kami ada satu edible printer yang boleh cetak manisan di atas kek. Pelanggan-pelanggan ramai yang minta kami cetakkan gambar Upin & Ipin pada kek. Memang tidak boleh?"
Sekali lagi Irfan menjelaskan bahawa tidak boleh melainkan sekiranya kek itu dibuat untuk dimakan sendiri, tidak mengapa. Tetapi sekiranya ianya dibuat untuk dijual kepada pelanggan, itu tidak boleh, katanya.
Memandangkan para peserta masih lagi keliru dengan penjelasannya, beliau telah memberi gambaran mengikut situasi agar senang untuk mereka fahami.
"Bayangkan begini. Puan buat kek yang kosong, Puan boleh jual dengan harga RM20. Tapi kalau Puan letak gambar Boboiboy pada kek, Puan boleh jual dengan harga RM50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah Puan boleh jual dengan harga yang mahal.""Kalau disebabkan gambar itu Puan dapat untung lebih, sebenarnya kita sudah ambil hak keuntungan orang lain. Ini yang saya maksudkan dengan kita mengambil duit yang haram."
Setelah mendengar penjelasan dari Irfan, kesemua peserta didapati terkedu berkemungkinan sukar untuk mempercayainya. Namun, seorang lagi peserta bertanyakan tentang ramai peniaga yang bertindak menjual baju atau produk lain dengan menggunakan kartun Upin & Ipin, Disney dan lain-lain.
"Mereka tidak saman pula," tanya peserta berkenaan kepada Irfan.
Irfan terus memberikan jawapan iaitu sekiranya tidak disaman itu tidak bererti perbuatan berkenaan boleh dilakukan. Menurut Irfan lagi, proses mahkamah yang melecehkan menyebabkan ramai yang tidak memfailkan saman. Walau bagaimanapun, dia berikan satu kesimpulan bahawa semuanya bermula daripada individu itu sendiri sebagai seorang peniaga atau usahawan.
"Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran."
Kami dari team Koleksi Viral hanya berkongsi tentang ini dan kami tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isu yang diutarakan di sini. Cuma pendapat kami, mungkin ada betulnya dengan apa yang disampaikan Irfan itu. Sekiranya anda ingin mendapatkan jawapan yang lebih tepat, anda perlu bertanyakan kepada mereka yang lebih arif dengan hukum agama. - Koleksi Viral
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pWEkur
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment