Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zuraida akui PKR tidak beri ruang secukupnya kepada Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zuraida akui PKR tidak beri ruang secukupnya kepada Wanita

PETALING JAYA: Sekalipun Presiden Parti Keadilan Rakyat seorang wanita, namun ketua sayap Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin tetap melihat PKR tidak memberi ruang secukupnya kepada golongan itu untuk bersuara.

Zuraida berkata sekalipun penyertaan wanita dalam memegang jawatan dijamin oleh perlembagaan parti, namun pembabitan golongan itu di pelbagai peringkat parti masih tidak mencapai 30 peratus.

Beliau berkata walaupun wanita berentap dalam menegakkan keadilan, menyertai perhimpunan aman, protes dan menggerakkan demostrasi, namun penyertaan wanita seringkali mendapat sambutan suam kuku daripada pimpinan tertinggi parti

"Acapkali tidak mendapat sokongan serta pengaruh kualitas dari pimpinan tertinggi parti yang nyata, pimpinan dari peringkat cabang, negeri, dan pusat seringkali membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa konsultasi suara wanita, mencemarkan jolokan Keadilan sebagai sebuah parti reformasi," katanya dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2017, di sini hari ini.

Justeru, Zuraidah yang juga anggota Parlimen Ampang, mahu supaya pucuk pimpinan parti berkenaan memberi peluang kepada lebih ramai wanita mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, antara lain supaya kuota penglibatan kaum wanita seperti dijamin perlembagaan parti dapat dipenuhi.

"Wanita yang layak jangan didiskriminasi dan ditempatkan di tempat-tempat (kerusi PRU) kurang strategik.

"Saya ingat pada 2008, sebelum PRU 2008, saya cuba aturkan lebih ramai wanita untuk bertanding, tetapi oleh kerana tidak mudah maka saya harus mencari kerusi-kerusi yang tidak laku, yang tidak ada yang nak, " katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zuraidah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti akan datang, bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda.

Bagaimanapun Zuraida berkata keputusannya itu tidak ada kaitan dengan kes mahkamah melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Rosly.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q3tzTm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.