Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setiausaha politik Menteri Besar Kedah nafi letak jawatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setiausaha politik Menteri Besar Kedah nafi letak jawatan

ALOR SETAR: Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menafikan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menyatakan bahawa dakwaan itu adalah tidak berasas, beliau berkata ia hanya direka oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan suasana politik di Kedah yang kini dipimpin dengan begitu baik oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Tidak benar dakwaan tersebut. Ianya hanya dibuat untuk mengeruhkan keadaan dan menganggu fokus BN (Barisan Nasional) Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tuduhan liar melalui media sosial ketika ini sudah menjadi perkara biasa dan harus ditelan oleh mereka yang bergelar ahli politiik.

"Hubungan saya dengan MB amat baik dan dia umpama abah saya. Beliau juga tidak lari dari viral seperti ini dan perkara ini sudah menjadi asam garam dalam berpolitik," katanya.

Shaiful Hazizy dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Sulit (KSS) Menteri Besar, Datuk Arminshah Siraj pada Khamis lalu.

Antara faktor beliau meletak jawatan ialah kononnya Shaiful tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan kerana dibayangi KSS

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCKBb5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.