Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan tidak layan syarikat insurans naikkan premium - Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan tidak layan syarikat insurans naikkan premium - Johari

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan melayan mana-mana syarikat insurans yang cuba menaikkan kadar premium insurans kenderaan sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata Bank Negara akan bertanggungjawab untuk memantau perkara itu dan memastikan syarikat insurans patuh kepada liberalisasi kadar insurans motor yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

"Liberalisasi yang diperkenalkan Bank Negara ini mempunyai manfaat jangka masa panjang kerana kalau ikut tarif yang ada sekarang walau macam mana kita memandu dengan baik dan tidak melakukan kemalangan, kita tetap perlu membayar premium yang tinggi.

"Jadi formula kali ini lebih baik kerana walaupun umur kita meningkat, kita memandu dengan baik, tidak pernah terlibat dengan kemalangan dan tidak membuat sebarang tuntutan, makan lama-lama premium kita akan semakin murah," katanya selepas menyerahkan van jenazah sumbangan Takaful Malaysia Berhad kepada Surau At-Taqwa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Jelatek dekat sini hari ini.

April lepas, Bank Negara mengumumkan langkah liberalisasi itu yang akan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan.

Di bawah kaedah penetapan harga baharu itu, kadar premium akan ditentukan oleh penginsurans individu dan pengendali Takaful, berdasarkan pelbagai aspek termasuk usia kenderaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan rekod kesalahan trafik.

Menyentuh mengenai penyerahan van jenazah tersebut, Johari mengucapkan terima kasih kepada Takaful Malaysia yang berjaya menunaikan hasrat 4,000 penduduk PPR Jalan Jelatek untuk memiliki kenderaan itu sejak 1997.

Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata dengan adanya van jenazah tersebut, ia akan melancarkan lagi pengurusan dan pengbumian warga PPR Jalan Jelatek yang sebelum ini terpaksa meminjam kenderaan itu daripada masjid berhampiran sekiranya berlaku kematian.

"Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa surau Haji Yeim Kamari tentang kesulitan warga surau untuk menguruskan kematian yang mana mereka terpaksa menunggu lama sehingga ke petang untuk menguruskan jenazah disebabkan perlu menunggu giliran untuk meminjam van jenazah daripada masjid terdekat.

"Justeru saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil yang juga sahabat saya untuk menaja lagi RM70,000, tetapi Alhamdulillah beliau berkata pihaknya sanggup untuk menaja keseluruhan nilai van tersebut sebanyak RM125,000," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rD8E9K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.