Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Jangkitan Coronavirus Ke Atas Buah Kurma Tiada Sebarang Amaran Yang Dikeluarkan Oleh WHO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Jangkitan Coronavirus Ke Atas Buah Kurma Tiada Sebarang Amaran Yang Dikeluarkan Oleh WHO


PUTRAJAYA -  Tiada sebarang amaran atau makluman yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma yang diperolehi dari negara Timur Tengah, lapor Harian Metro.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung kes jangkitan coronavirus yang terdapat pada buah kurma yang didapati dari negara Timur Tengah, yang dikatakan berpunca dari kelawar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu disahkan selepas kementerian membuat semakan dengan WHO berkaitan dengan penyebaran maklumat tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Semakan melalui WHO telah dibuat bagi mendapatkan maklumat sama ada terdapat sebarang maklumat atau amaran yang telah dikeluarkan oleh negara lain atau negara Timur Tengah. WHO juga telah memaklumkan pada masa ini tiada sebarang amaran yang berkaitan dikeluarkan atau pun dari Kementerian Kesihatan negara berkenaan, katanya.


Beliau juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang berita-berita yang belum sahih atau tidak tepat sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Perkongsian maklumat yang belum diketahui kesahihannya akan menyebabkan keresahan di kalangan masyarakat serta mengugat kesejahteraan semua, katanya lagi.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan isu keselamatan makanan, para pengguna diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan yang berhampiran atau melalui laman sesawang http://ift.tt/2ox5t6B atau menerusi Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://ift.tt/1vVF64U.

Para netizen disarankan agar berhati-hati ketika menerima sebarang maklumat atau isu yang berkaitan yang belum pasti kebenarannya sebelum ditularkan kepada umum. - Koleksi Viral

Sumber: KpKesihatan



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHVoS9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.