Pencinta haiwan jemput keluarga dan penduduk kampung datang ke majlis pengebumian ayamnya
Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian untuk ayam peliharaannya yang mati baru-baru ini.
Philemon Murefu, 38, terkenal sebagai pencinta haiwan dan sering dilihat berjalan dengan ayam peliharaannya di bahu dan anjing miliknya yang dipakaikan baju.
Dua minggu lalu, Murefu mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjemput mereka dan keluarganya menghadiri upacara pengebumian seekor ayam peliharaannya.
Murefu memberitahu sebuah akhbar tempatan, walaupun penduduk kampung dan keluarganya sendiri kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi dia tetap meneruskan upacara itu.
“Ketika masih kecil, ibu saya sangat menyayangi haiwan dan saya dibesarkan bersama-sama haiwan ini.
“Saya sangat sedih apabila haiwan yang saya pelihara mati, perasaan yang sama apabila kehilangan orang yang saya sayang,” katanya yang tinggal di Mabvuku, 21 kilometer dari ibu kota Harare.
Menurutnya, beberapa penduduk kampung dan keluarganya melarang dia membuat upacara pengebumian serta berkabung atas kematian ayam itu.
“Saya menerima banyak penghinaan daripada orang yang rapat dengan saya terutama keluarga dan rakan yang menuduh saya melakukan sesuatu yang tabu tetapi mereka tidak faham perasaan saya.
“Saya dan beberapa rakan yang menyokong saya membuat upacara berkenaan serta mengebumikan ayam kesayangan di kawasan rumah.
“Kini saya merancang untuk meletakkan batu nesan di kubur ayam peliharaan saya itu,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online
Via: Mynewshub
Sumber Pencinta haiwan jemput keluarga dan penduduk kampung datang ke majlis pengebumian ayamnya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pW3b1w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment