Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Tiba Di Riyadh Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Bersama Trump, Pemimpin Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Tiba Di Riyadh Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Bersama Trump, Pemimpin Islam


RIYADH - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari termasuk menghadiri Sidang Kemuncak bersama pemimpin Islam dunia dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri tiba Pangkalan Udara Raja Salman pada 1.50 tengah hari (6.50 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Naib Gabenor Riyadh, Putera Mohammed bin Abdulrahman dan Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin turut menyambut ketibaan Najib dan Rosmah.

Najib akan memulakan jadual lawatannya pada Ahad dengan menerima kunjungan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada sebelah pagi.

Kemudian Presiden Dewan Kepresidenan Kebangsaan Libya, Fayez Mustafa akan membuat kunjungan hormat ke atas Najib sebelum perdana menteri menuju venue Sidang Kemuncak di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz.

Najib akan menyertai lebih daripada 50 pemimpin Arab dan Islam beserta Trump pada Sidang Kemuncak Arab-Islam-AS yang pertama kali diadakan.

Najib adalah antara pemimpin termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Trump yang dijadual berucap pada persidangan bersejarah itu dengan keselamatan dan memerangi keganasan merupakan agenda utama.

Najib juga dijadual menghadap Raja Salman; Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Bin Naif Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Serta Timbhalan Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Pertahanan.

Perdana Menteri turut dijadual menghadiri acara sulung Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Ekstremis di Mu'tamarat, Nasiriyah di sini pada Ahad.

Ini merupakan kunjungan kedua Najib ke Arab Saudi selepas Mac tahun lalu. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3a5lO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.