Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mel impi sambung legasi rock Ella - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mel impi sambung legasi rock Ella

PESERTA dari Johor, Mel atau nama lengkapnya, Malisa Janudin mencipta mencipta sejarah peribadinya sendiri apabila menjadi juara pertama program realiti, Rockanova yang ditayangkan secara langsung di Astro Prima dan Maya HD Khamis lalu dari Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

Kemenangan anak pertama daripada tiga beradik itu di dalam program tersebut melayakkannya untuk menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM80,000 berserta trofi.

Pada malam itu, Mel memberikan persembahan terbaiknya menerusi dua segmen iaitu persembahan solo dengan lagu Bintang Kehidupan (Nike Ardila) dan Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler), duet bersama Dian.

Mengakui ini pertandingan pertama anjuran Astro yang disertai, Mel memanjangkan ucapan terima kasih buat penyokong yang percaya dengan bakatnya sepanjang lapan minggu Rockanova berlangsung.

“Sejujurnya rasa terkedu bila nama diumum pemenang. Terkejut kerana saya jangka mungkin Azmi juara kerana penyokongnya ramai.

“Malah, dia pun bagus dan sepanjang program ini, saya anggap dia sebagai saingan terdekat.

“Apa pun, inilah yang dinamakan rezeki dan malam final ini saya sudah cuba berikan yang terbaik. Percubaan berbaloi dan tentunya saya mahu dedikasikan kemenangan ini kepada keluarga, peminat, juri profesional dan cikgu di Rockanova yang banyak membantu,” katanya kepada Media Hiburan.

Sambil menyifatkan kemenangan ini sebagai platform untuk jauh melangkah dalam dunia seni, bintang berusia 33 tahun ini turut berkongsi rasa gembiranya.

“Saya anggap ini kejayaan buat diri sendiri secara peribadi. Rockanova merupakan pertandingan nyanyian pertama anjuran Astro yang saya sertai.

“Sebelum ini ada juga cuba nasib di Malaysian Idol musim kedua sehingga ke top 15 saja. Mentor pun saya ada datang uji bakat lebih 10 tahun lalu. Mungkin nasib tidak menyebelahi, saya gagal ke peringkat seterusnya.

“Kemudian, saya jalani kehidupan seperti biasa dengan menyanyi di kelab selain terlibat dengan kumpulan muzik, NRG selama lapan tahun,” terang Mel yang pernah mempunyai album solo pada 2002 berjudul Rapuhnya Cintamu.

Dorongan kuat ibu

Ditanya sejauh mana keinginannya untuk menyertai program pencarian bintang baru rock ini lagi, Mel memberitahu pada peringkat awal, dia mahu adiknya untuk sertai Rockanova.

Namun semuanya berubah apabila ibunya sendiri memberikan semangat untuk cuba nasib di dalam rancangan berkenaan.

“Mula-mula suruh adik join, tapi bila ibu dapat tahu dia mahu saya cuba nasib. Katanya mengapa tidak untuk mencuba. Siapa tahu ada rezeki dan carilah platform baru dalam nyanyian kerana dia pun sedia tahu akan minat saya.

“Jadi saya ambil cabaran tersebut dan syukur, tanpa dorongan dan kata-kata semangatnya, mungkin saya tidak berada sehingga di peringkat,” terangnya serius.

Setia bersama rock

Sementara itu, Mel juga mempunyai satu impian besar iaitu untuk cuba menyambung legasi muzik Ratu Rock, Ella.

Katanya mungkin impian tersebut dilihat terlalu besar memandangkan muzik Ella sendiri bukanlah sesuatu yang picisan sifatnya.

“Saya sedar, untuk jadi seperti Ella bukan mudah. Jenama dan muziknya merentas masa. Tapi kita hanya ada seorang saja penyanyi wanita yang berjaya dan kekal perjuang muzik rock.

“Jadi atas faktor itulah, saya cuba ikut langkahnya. Bagaimanapun, saya pasti rasa ‘seram’ juga bila orang lain pun harapkan perkara sama. Memang besarlah tanggungjawab tersebut. Saya sendiri begitu adore dan meminati Ella sejak di bangku persekolahan lagi.

“Saya membesar dengan lagu-lagunya. Bahkan ada ketikanya saat menyertai pertandingan nyanyian, saya akan nyanyi lagu Ella.

“Ya, sedari awal pendedahan terhadap muzik rock balada itu sudah dekat dengan jiwa,” akui Mel yang bakal mempunyai single sendiri tidak lama lagi.

Edry percaya bakat bintang muda

Dalam perkembangan lain, Edry selaku juri tetap Rockanova memberitahu, dia melihat kehadiran bintang baru khasnya dalam genre rock adalah perkembangan baik kerana secara tidak langsung ia memberikan lebih warna dalam aliran muzik tempatan.

Tambahnya, pertandingan yang memberi fokus terhadap satu genre sahaja mungkin masih lagi baru bagi industri seni di negara ini.

Tentunya, inisiatif tersebut memberi peluang buat bintang muda untuk tahu hala tuju apabila mereka terjun dalam dunia realiti nanti.

“Saya lihat Rockanova sama seperti program Gema Vaganza. Tidak semua yang sukakan muzik rock dan world music contohnya.

“Namun ia memberi haluan dan fokus yang lebih jelas kepada peserta bertanding dan ini memberi ruang buat bintang itu untuk explore muzik yang digemari mereka,” katanya.

Ditanya apakah kelebihan Mel berbanding finalis lain hingga melayakkannya untuk meraih gelaran juara, Edry selaku Master Rock di dalam rancangan tersebut mengakui, Mel mempunyai kelebihan dari aspek teknikal di dalam nyanyian.

“Selain undian dari SMS sebanyak 30 peratus, selebihnya adalah daripada juri profesional dan kami melihat Mel konsisten dari sudut teknikal.

“Ya, dia agak kurang nilai penghayatan berbanding Azmi. Namun Mel kurang membuat kesalahan di dalam nyanyian pada malam final. Sementara Azmi pula ada beberapa masalah teknikal menerusi persembahannya.

“Mel ni kalau dibentuk lagi dia boleh menjadi seorang penyanyi yang bagus. Misalnya macam Jac. Kalau ada yang anggap dia agak lambat untuk terjun dalam dunia seni atas faktor usia, rasanya Jac pun masa menang Malaysia Idol usianya bukanlah terlalu muda.

Jadi, ia terpulang kepada cara dan pembawaan mereka untuk menempatkan diri dalam industri,” ujar Edry yang memberi bayangan pihak Astro pasti mempunyai perancangan tersendiri terhadap juara pertama Rockanova itu.

Pada masa sama, anggota kumpulan Kru itu sendiri tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan finalis Rockanova itu andai khidmatnya diperlukan selepas program berakhir.

The post Mel impi sambung legasi rock Ella appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rogFTS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.