Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Gula Dunia Turun, Kenapa Di Sini Perlu Naik? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Gula Dunia Turun, Kenapa Di Sini Perlu Naik?

Kerajaan bertegas tidak akan menaikkan harga gula walaupun terdapat permintaan daripada pengeluar gula untuk berbuat demikian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Harga Gula Dunia Turun, Kenapa Di Sini Perlu Naik?

Harga Gula Dunia Turun, Kenapa Di Sini Perlu Naik?

Ini kerana kerajaan baru sahaja menaikkan harga gula kepada 11 sen pada Mac lepas serta harga gula di pasaran dunia juga menurun, katanya.

Beliau berkata kerajaan menaikkan harga gula pada masa itu kerana ketika itu harga gula di pasaran global berada pada kadar AS$0.22 hingga AS$0.23 sen per paun.

“Kenapa saya perlu berbuat demikian apabila harga gula di pasaran dunia menurun,” katanya merujuk kepada harga gula di pasaran dunia kini yang berada pada kadar AS$0.17 sen per paun.

Hamzah berkata demikian sebagai mengulas permintaan pengilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd untuk menaikkan harga gula kepada 29 sen ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, Selasa.

Menurutnya , pihak pengurusan tinggi syarikat MSM Malaysia termasuk ketua pegawai eksekutifnya telah bertemu dengan beliau baru-baru ini untuk membincangkan perkara tersebut.

“Saya secara tegas beritahu harga gula tidak boleh dinaikkan kecuali syarikat itu mengalami kerugian besar-besaran.  Tetapi MSM Malaysia merekodkan keuntungan dan ia adalah tidak adil sekiranya kerajaan menaikkan harga gula agar mereka boleh lipat ganda keuntungan,” katanya.

Hamzah turut melancarkan kempen #janganlebihlebih menjelang sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri, dengan video kempen berdurasi 20 saat setiap satu dalam tiga siri meningkatkan kesedaran pengguna agar tidak membazir dan berbelanja secara sederhana.

Pada majlis sama, Hamzah juga menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Maktab Koperasi Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk memperkasakan pengurusan gerakan koperasi di negara Ini . -Bernama

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qM3QBp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.