Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlawanan akhir Piala FA: TMJ Tanya KJ Kat Mana? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlawanan akhir Piala FA: TMJ Tanya KJ Kat Mana?

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tertanya-tanya ke mana perginya Menteri Belia dan Sukan pada malam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.

Perlawanan akhir Piala FA: TMJ Tanya KJ Kat Mana?

Perlawanan akhir Piala FA: TMJ Tanya KJ Kat Mana?

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata Khairy Jamaluddin sepatutnya menjadi individu penting dan hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.

“Dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan.

“Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini,” katanya dalam posting Facebook Johor Southern Tigers, Selasa.

TMJ berkata, beliau difahamkan Khairy terlibat dalam program askar Wataniah pada malam tersebut.

“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar Wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan,” katanya.

Katanya apabila telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, ia sebenarnya tentang berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.

“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, bahawa keutamaan tugas adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat.

“Bukannya mengira berapa banyak ‘followers’ di laman media sosial.

“Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara,” katanya.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qLYWoc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.