Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hentikan Sebarang Provokasi - AJK Surau Austin Perdana Dan Ketua Komuniti Kaum Tiong Hwa Capai Kata Sepakat, Kes Selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hentikan Sebarang Provokasi - AJK Surau Austin Perdana Dan Ketua Komuniti Kaum Tiong Hwa Capai Kata Sepakat, Kes Selesai


Susulan kes salah faham akibat seorang pemandu Toyota Camry yang membunyikan hon baru-baru ini, para Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Austin Perdana telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi mencapai kata sepakat dengan masalah yang berkaitan.

AJK Surau Austin Perdana bersama Ketua Cawangan Khas Johor Bahru Selatan, Ketua Balai Polis Setia Indah, Ketua Komuniti Kaum Tiong Hwa Mukim Tebrau, Pegawai Majlis Agama Islam Johor serta beberapa jemaah kariah Surau Austin Perdana telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan demi keharmonian negara.

Walau bagaimanapun, ketika pertemuan itu dilakukan pemandu berkenaan tidak berada di lokasi itu kerana pihak pengurusan surau telah pun menyelesaikan masalah berkenaan semasa perjumpaan yang diadakan di balai polis tersebut pada hari kejadian.

Menerusi jurucakap surau terbabit, perjumpaan itu telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan kes berkenaan dianggap selesai setelah kesemua pihak bersetuju mengatakan kes ini sudah selesai secara diplomasi serta mengharapkan tiada pihak menimbulkan sebarang provokasi yang berbentuk perkauman bagi mengekalkan keharmonian sesama kaum. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNc6Rf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.