Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat

Ahli Jawatankuasa Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, mencapai kata sepakat dengan ketua masyarakat Tiong Hwa Mukim Tebrau bagi menyelesaikan masalah kes pergaduhan seorang lelaki dan beberapa jemaah ketika solat Jumaat di surau berkenaan, Jumaat lalu.

Surau Austin Perdana

Surau Austin Perdana

Jurucakap surau yang enggan dikenali berkata, pertemuan dan makan malam diadakan bersama ketua masyarakat Tiong Hwa itu disaksikan anggota dan pegawai Balai Polis Setia Indah selain pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Katanya, menerusi perbincangan itu mereka mencapai kata sepakat bahawa kes itu diselesaikan dengan baik dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

“Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu tiada di lokasi kerana pengurusan surau sudah menyelesaikan perkara berkenaan ketika pertemuan diadakan di balai polis berkenaan pada petang hari kejadian.

“Kebetulan ketika itu kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis sama dan hasil perbincangan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.

“Pada masa sama, kami menyerahkan segala siasatan kepada polis dan sanggup memberikan kerjasama kepada semua pihak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai terutama netizen tidak akan menularkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi hingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNfGuE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.