Jaga-jaga telur palsu dah masuk Malaysia, terkini di Penang
ISU mengenai telur palsu ini bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini negara China pernah menghasilkan produk tiruan tersebut yang diperbuat daripada bahan plastik.
Kes penjualan telur plastik itu pernah menjadi tular di negara kita pada 2011 dan kemudian sekali lagi pada 2014 lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nampaknya, kegusaran rakyat negara ini makin bertambah apabila seorang wanita memuat naik video di Facebook selepas beli telur di sebuah pasar raya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mawar Ahmad ini terkejut apabila mendapati isi telur tersebut adalah plastik setelah lapisan kulit cengkerangnya dipecahkan.
“Jaga jaga telur palsu dah masuk Penang, yang ini anak saudara beli kat sebuah pasar raya kat Bandar Perda. Kesian budak-budak pakat cirit dah,” tulisnya.
Perkongsian wanita tersebut mendapat reaksi daripada ramai netizen yang mahu perkara berkenaan dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Jaga-jaga telur palsu dah masuk Malaysia, terkini di Penang
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcuJ1p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment