Jepun Kurang Pelakon Filem Lucah, Buat Uji Bakat Di Malaysia
Kekurangan pelakon lelaki dalam industri filem lucah Jepun membuatkan syarikat pengeluar video lucah mencari bakat baru lelaki di Malaysia.
Syarikat dikenali sebagai Tokyo Dreams itu dilaporkan akan datang ke Kuala Lumpur bagi menjalankan uji bakat untuk mencari bakat baru lelaki.
Sebelum ini, syarikat berkenaan dilaporkan pernah mengadakan ujibakat di Singapura dan berjaya menemui lima pelakon lelaki daripada 25 calon yang hadir.
Pengurus Studio syarikat itu, Shime Tashiaki dalam satu sesi temubual dengan Sunday Register berkata, pada masa ini pihaknya masih mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan ujibakat itu.
“Kami melihat beberapa pelakon hebat ketika uji bakat di Singapura dan menawarkan sebanyak lima kontrak kepada calon yang berjaya.
“Kami berharap untuk mencari pelakon berbakat di ujibakat kami di Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada ketika ini kita masih dalam proses mencari lokasi yang sesuai,” katanya memetik laporan MalayMail Online.
Menurut laporan Press Union, uji bakat di Singapura sebenarnya dilakukan secara rahsia di mana pengeluar tidak mengumumkan masa dan lokasi namun ia tetap dihadiri oleh 25 orang calon.
Ujibakat di Malaysia pula menurut laporan itu akan mengikuti proses yang sama dan mungkin dirahsiakan kerana ia pasti akan menerima bantahan sekeras-kerasnya.
Berita mengenai ujibakat untuk video lucah di Malaysia pernah dilaporkan beberapa tahun lalu namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qLpcif
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment