Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau serius nak saya, berusahalah” – Elly Mazlein - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau serius nak saya, berusahalah” – Elly Mazlein

Setahun membawa gelaran ibu tunggal, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui, dirinya didekati ramai jejaka yang meluahkan hasrat untuk membalut luka hatinya.

Namun, tidak semudah itu untuk penyanyi yang terkenal dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan membuka pintu hatinya kerana Elly ingin terlebih dulu melihat sejauh mana mereka serius memenangi cintanya.

“Saya anggap semua yang hadir itu hanya sebagai kawan. Jika benar ingin serius, mereka perlu berusaha dan bersabar menanti hingga pintu hati saya kembali terbuka untuk bercinta.

“Terpulang kepada kebijaksanaan mereka bagaimana mahu memenangi hati saya. Orang cakap, kalau hendak seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih,” katanya yang sedang mempromosikan single terbaharunya, Jeritan Hati.

Akur sebagai selebriti, setiap gerak dan gerinya diperhatikan, Elly yang dinobatkan sebagai juara Super Karoks Kool FM bersama Zul 2 By 2 membentuk kumpulan Apoo, semalam akan sentiasa bersikap jujur sekiranya ditakdirkan dilamun cinta.

Bagi penyanyi berusia 36 tahun itu, tiada guna menyembunyikan perkara yang baik kerana selama ini peminat sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

“Jika ditakdirkan saya bercinta atau ingin mendirikan rumah tangga satu hari nanti, saya berjanji tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan umum. Majlis itu nanti akan dibuat secara terbuka.

“Untuk apa saya menipu mereka yang selama ini banyak membantu dan menyokong kerjaya seni?,” katanya.

Elly berkata, kegagalan perkahwinan pertama juga menyebabkan dirinya semakin teliti dalam pemilihan calon suami namun, tidak pernah menetapkan ciri lelaki yang menjadi idamannya.

“Tidak perlu ciri lelaki idaman kerana jika sudah bertemu jejaka yang serasi, saya cuma berdoa hubungan kami dipermudahkan. Tidak usahlah bercinta lama-lama,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Kalau serius nak saya, berusahalah” – Elly Mazlein

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pluXjF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.