Kononnya dapat untung juta-juta
Seorang surirumah merayu agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan segera bagi menuntut keadilan selepas mengalami kerugian RM175,000 ekoran ditipu sebuah syarikat pelaburan.
Mangsa, Siti Zuraida Awang, 36, berkata, melalui pelaburan itu syarikat berkenaan yang diperkenalkan tiga kenalan rapatnya, menjanjikan imbuhan RM3.5 juta yang turut diyakinkan dengan dokumen kejayaan dan pulangan yang telah dirasai oleh kenalannya.
Apabila melihat butiran syarikat yang ditunjukkan kenalannya itu dan pulangan yang diperolehi selain pengasasnya juga merupakan orang Melayu, Siti Zuraida mula percaya memandangkan syarikat itu juga didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Ekoran itu, saya turut mengeluarkan simpanan selain meminjam wang ibu dan ayah serta adik-beradik yang lain dan berjaya meyakinkan mereka bahawa skim pelaburan ini merupakan yang terbaik dan memberi pulangan modal yang banyak melalui jumlah modal yang dilaburkan,” katanya.
Siti Zuraida berkata, dia dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM3.5 juta hasil daripada pelaburan tersebut.
Selain itu, mereka kata sebagai ahli, saya boleh mengeluarkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira RM350, 000 daripada jumlah keseluruhan.
“Namun, janji hanya tinggal janji apabila saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Malah akaun saya di dalam syarikat itu telah dibekukan, kira-kira 80 ahli lain juga dipercayai gagal mendapatkan pulangan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Bekas penjawat awam itu juga berkata, syarikat tersebut mula membuat helah apabila memaklumkan untuk mendapatkan keuntungan tersebut mereka perlu mencari lebih ramai orang untuk melabur dengan pelaburan paling rendah RM4,500.
“Keadaan ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana untuk mendapatkan modal tersebut saya telah menggadaikan barangan kemas, selain lima beradik serta ibu bapa turut menyumbangkan wang pelaburan.
“Pihak syarikat kini hanya memulangkan wang kira-kira RM100,000 dan ini jauh lebih rendah daripada modal yang dikeluarkan saya. Melalui maklumat yang saya dapat kira-kira 80 ahli lain yang sama kumpulan dengan saya turut mengalami masalah sama,” katanya.
Menyedari dirinya telah ditipu, dia telah membuat dua laporan polis berhubung perkara tersebut selepas berasa dirinya diperdaya oleh syarikat tersebut yang mempunyai ribuan ahli di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
“Saya amat berharap syarikat terbabit memulangkan wang pelaburan serta mengikuti perjanjian yang dijanjikan oleh mereka,” katanya.
The post Kononnya dapat untung juta-juta appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOx7IZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment