Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi Kes Kurang Ajar, Lelaki Mabuk Tak Puas Hati Provok Dan Hina Polis Kerana Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi Kes Kurang Ajar, Lelaki Mabuk Tak Puas Hati Provok Dan Hina Polis Kerana Ditahan


Belum reda isu lelaki membunyikan hon ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat sehingga mencetuskan huru hara timbul pula satu lagi video yang menghina PDRM. 

Terbaru, seorang lelaki yang merupakan DJ di sebuah kelab malam mendakwa ditahan oleh anggota polis kerana mabuk. Namun, lelaki itu menyangkal dakwaan kononnya dirinya tidak mabuk malah dipaksa untuk mengaku oleh anggota yang menahannya. 

Dalam video tersebut, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota berkenaan dan penahanannya itu hanya membazir masa. Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata lelaki tersebut telah menjalani ujian pernafasan sebanyak dua kali dan ianya melebih had dibenarkan iaitu 84 mg/100 ml darah. 


Lelaki itu pada mulanya ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi - Jalan Tun Razak pada jam 3 pagi Sabtu. Sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee untuk ujian kedua. 

“Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. “Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.

“Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua,” 

“Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini"

Satu laporan polis juga dibuat bagi siasat dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyebaran video tersebut. Netizen juga mengecam tindakan lelaki mabuk tersebut malah ada juga yang mengecam mengapa lelaki itu duduk disebelah pemandu dan boleh membahayakan anggota polis. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pOgteK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.