Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPDNKK keluar surat amaran arah peniaga warung jelaskan nasi campur berharga RM32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPDNKK keluar surat amaran arah peniaga warung jelaskan nasi campur berharga RM32

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu mengeluarkan surat amaran kepada seorang peniaga warung di Kemaman untuk menjelaskan isu nasi campur berharga RM32.

 nasi-32

Pengarahnya, Azlan Abdul Samat yang dipetik China Press dan Sin Chew Daily berkata, mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga itu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, jika didapati mengaut keuntungan berlebihan.

Katanya, penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan cawangan Kemaman menjalankan pemeriksaan ke atas kedai terbabit pada Rabu lalu, susulan aduan seorang pengguna yang tersebar di media sosial.

Beliau berkata, selain diberikan surat amaran, 3 jenis lauk turut disita kerana tidak diletakkan tanda harga.

Minggu lalu, pengadu yang juga seorang bapa tunggal terkejut apabila sepinggan nasi yang berlauk seekor udang besar, 2 keping sotong dan sedikit kangkung dicaj RM32.

Beliau kemudiannya memuat naik gambar nasi campur itu ke Facebooknya dan ramai pengguna media sosial turut mengkritik peniaga terbabit mengenakan harga tidak masuk akal.

Pengadu kemudiannya dilaporkan mahu menyaman apabila peniaga terbabit mempertahankan diri dengan mendakwanya menyorokkan sekeping lagi sotong di dalam nasi dan saiz udang galah gred A kelihatan lebih kecil daripada saiz sebenar dalam gambar yang disebarkan.

 

Sumber: FMT



Sumber PPDNKK keluar surat amaran arah peniaga warung jelaskan nasi campur berharga RM32

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s68kla

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.