Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gst Punca Harga Juadah Di Bazar Ramadan Naik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gst Punca Harga Juadah Di Bazar Ramadan Naik

gst.jpg

KLANG – Peniaga bazar Ramadan mengakui harga makanan dan minuman kali ini meningkat berikutan kenaikan harga barangan asas yang melambung sejak pelaksanaan GST di negara ini.

Tinjauan di bazar Ramadan Taman Sri Andalas mendapati rata-rata harga makanan dan air melambung sekitar 50 sen hingga RM2 dan tidak kurang juga terdapat harga yang masih kekal seperti kuih-muih namun saiznya dilihat lebih kecil.

Peniaga air buah dan cendol, Zaharah Abdul Hamid, 64, berkata, tahun lalu semua jenis air di gerainya dijual pada harga RM3 sebungkus.

Namun kini saya terpaksa jual RM3.50 dan RM4 bagi air cendol selepas harga buah, santan, susu naik.

Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian, katanya yang menjual lebih 15 jenis air.

Dia yang berniaga di bazar berkenaan lebih 30 tahun lalu berkata, namun begitu kualiti rasa air buah dan cendol di gerainya masih dikekalkan demi kepuasan pelanggan.

Kita tak akan kurangkan kuantiti buah atau sebagainya sebaliknya kuantiti yang sama masih dikekalkan seperti sebelum ini.

Saya tak nak pelanggan tetap saya lari kerana saya percaya kepada rezeki Allah, jika niat kita berniaga ikhlas Tuhan akan bantu, katanya.

Sementara itu, harga murtabak ayam dan daging juga sudah meningkat 50 sen yang mana sebelum ini ia dijual pada harga RM2.50 sebiji.

Peniaga murtabak, Mohd Yunus Labbang, 37, berkata, murtabak di gerainya mengguna pakai ayam dan daging segar bukannya frozen.

Harga ayam dan daging segar dah naik, jadi saya terpaksa naikkan harga makanan ini.

Kita untung tak banyak, memang ada pelanggan mengeluh dengan kenaikan itu namun peniaga tak mampu buat apa-apa kerana kita juga kena fikirkan keuntungan, katanya.

Dia yang berniaga murtabak sejak 11 tahun lalu bermula di Alor Setar, Kedah berkata, kemungkinan harga RM3 hanya akan dijual untuk beberapa hari ini sahaja di bazar ini.

Saya dengar peniaga murtabak lain di sini akan naikkan harga kepada RM3.50, jadi saya pun kena naikkan juga untuk keselarasan harga di sini, katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6ZkfG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.